Nama Fazura tidak perlu diperkenalkan lagi buat peminat seni tanah air. Kecantikan dan keperibadian Fazura membuatkan ramai jatuh cinta.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila Fazura membuat perkongsian di halaman tiktok seolah-olah dia kecewa dan berkecil hati terhadapat seseorang. Namun apabila ditemubual, dia enggan menjelaskan secara terperinci dan berkata hal tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Maaf saya tak boleh komen. Itu peribadi. Saya tak boleh nak kongsikan. Kita buat semuanya kerana Allah..”
“Mungkin sesetengah manusia itu susah untuk berterima kasih, dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit..”
“Saya sekarang nak hidup tenang jadi apa-apa perkara yang buat saya terganggu, saya mahu elakkan. Itu lebih baik daripada orang berkecil hati…”
Tambah Fazura, dia ketika ini hanya mahu hidup tenang dan memberi keutamaan kepada diri dan keluarganya.
“Saya nak hidup tenang dan tak mahu tertekan. Saya punya keutamaan sekarang ini adalah melindungi ketenangan saya..”
“Yang buat saya tertekan saya perlu jauhkan diri, seperti kawan-kawan atau keluarga jauh yang memberikan kekecewaan itu terpaksa saya jauhkan diri..”
“Sebab saya perlu melindungi ketenangan. Saya sudah buat bahagian saya. Itu sudah mencukupi..”
Biasalah tu kan, kadang kala kita sudah berbuat baik kepada orang namun mereka tidak menghargai. Min harap Fazura sabar dan dapat terus tenang. Mungkin ada hikmah semua perkara ini terjadi..