Pelakon dan Pelawak Malaysia, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin tampil meninggalkan pesanan buat pasangan selebriti iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann.
Pesanan tersebut berbaur kurang senang yang dibuat oleh Mat Over setelah Janna Nick dilihat membuat aksi romantik ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pelawak yang sudah berusia 71 tahun itu telah menegur pasangan tersebut yang didakwa telah bermesra secara terbuka di tempat awam seolah-olah ingin menunjuk kebahagiannya.
“Walaupun suami isteri, tapi kalau niat ingin menunjuk-nunjuk pada orang ramai yang kita ni pasangan bahagia, tunggulah balasan daripada Allah S.W.T..” – Mat Over
Walau bagaimanapun, niat menegur Mat Over itu nampaknya tidak dapat diterima baik sesetengah netizen di media sosial.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.