Heboh di laman sosial apabila ibu kepada Shila Amzah membongkar isu suaminya, ND Lala yang curang. Jodoh tidak berkekalan, hubungan perkahwinan ND Lala bersama isteri berakhir dengan penceraian.
Anak kedua kepada penyanyi dan pelakon veteran, Datuk ND Lala iaitu Amir Syafiq meluahkan rasa sedih berikutan kemelut rumah tangga ibu bapanya yang berakhir dengan perceraian.
Menerusi perkongsian di TikTok, Syafiq telah memuat naik beberapa keping gambar kenangan keluarganya. Kapsyen pada gambar tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet apabila Syafiq menitipkan nasihat agar sentiasa menghargai keluarga.
Kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang, mungkin hari ini anda bahagia. Tapi esok tiada siapa yang tahu. Jadi, kita sewajarnya ambil pengajaran daripada kisah ND Lala. Hargailah keluarga anda, sayangilah mereka dengan sepenuh hati dan jangan bagi orang luar menghancurkannya.