Minggu lepas kecoh satu Malaysia mengenai satu kontroversi yang menimbulkan pelbagai reaksi dan respon daripada orang ramai lagi-lagi ia merupakan isu berkaitan dengan rumah tangga.
Kontroversi yang telah dimaksudkan itu merupakan anak kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya iaitu Norman Hakim yang namanya telah menjadi hangat diperkatakan gara-gara mengganggu rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya dan bekas suaminya iaitu Aslam sehingga menyebabkan penceraian berlaku.
Ternyata bahawa kontroversi tersebut mendapat perhatian ramai sehingga pelbagai cemuhan, cacian dan makian dilemparkan kepada pihak yang terbabit. Terbaharu, pelakon wanita Datin Seri Umie Aida meminta semua pihak memberikan mereka ruang untuk menyelesaikan isu panas ini dengan baik.
“Kecoh satu Malaya macam kes kerat orang, cukup-cukup lah tu. Bagi ruang untuk mereka…” – Umie Aida
Tambah, pelakon wanita tersebut menegaskan bahawa beliau bukan mahu menyokong sesiapa tetapi sebaliknya mahu isu tersebut diselesaikan dengan cara yang baik.
“Ya Allah, dari semalam saya buka IG semua pasal isu tersebut. Bukan saya nak back up sesiapa tapi please la, bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu…” – Katanya lagi
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.