Home Viral Mengaku Hati Tisu, sekali Pengakuan Pelakon Amir Ahnaf Raih Tumpuan Ramai

Mengaku Hati Tisu, sekali Pengakuan Pelakon Amir Ahnaf Raih Tumpuan Ramai

800
0

Pemenang trofi BBNU Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35(ABPBH), Amir Ahnaf mengaku bahawa beliau terkesan dengan kecaman yang diterimanya. Menurutnya, perkara sebegitu mula diterimanya selepas beliau membuat kenyataan mahu melebarkan sayap dalam bidang lakonan ke negara seberang iaitu Indonesia dan Hollywood demi menjayakan penggambaran bersama pengarah terkenal di sana.

Menurut laporan media, pelakon tersebut berkata bahawa tidak semua orang suka dan minat dengan apa yang dipersembahkannya. Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik khusus buat peminat-peminatnya.

“Hasil kerja saya tu terpulang kepada anda semua. Kalau suka boleh lihat dan kalau tak suka pun tak apa. Tidak ada paksaan. Lagipun saya baru dalam industri ini cuma kita tak tahu apa yang Tuhan atur untuk kehidupan kita…” – Amir Ahnaf

“Bila berada dalam industri ni, saya tahu bukan semua orang suka saya tapi tak apa dengan keikhlasan serta kepercayaan orang lain dan apa yang saya buat ini semuanya untuk peminat…” – Katanya

Dalam pada itu, Amir mengaku walaupun terbuka menerima kritikan dalam kalangan netizen, namun beliau berharap setiap kata-kata kecaman yang diberikan itu haruslah berada dan tidak menyinggung perasaannya dan keluarga.

“Saya baca komen semua tu, tapi saya tak ambil hati pon, cumanya saya hati tisu saja…” – Luahnya

“Semua orang berhak bersuara kerana mereka ada mata dan otak berbeza tetapi tolong jaga adab kerana itu perkara paling penting ya…” – Luahnya lagi

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Rahsia Memikat Syamsul Yusof..” – Ira Kazar Payung Bakat Menyanyi Buat Ramai Terpukau
Next articleDapat Sokongan Syamsul Untuk Teruskan Saman, sekali Luahan Puteri Sarah Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here