Pelakon dan Pengacara, Ain Edruce sering membuatkan para peminat dan warganet tidak kering gusi apabila melihat ‘content’ video Tiktok miliknya. Tambahan pula, beliau juga terkenal dengan sifat nakal dek kerana sering “membuli” suaminya iaitu Muhammad Amirul Hafiz Mustaffa yang membuatkan rata-rata pengikut pasangan ini tidak pernah berasa muak menantikan klip video terbaru mereka.
Memetik sidang media bersama Harian Metro, Ain Edruce mengatakan bahawa beliau menganggap ahli keluarganya sebagai ‘Content’.
“Mengenai bawa keluarga sekali dalam video, saya memang tidak dapat menafikan. Selagi boleh guna tu, masukkan saja semuanya! dengan suami dan anak. Malah, jika ada anak kedua nanti pun, saya akan gunakan juga sebagai ‘content’. Buka apa, semua itu rezeki, bukan untuk orang lain, untuk mereka juga…” – Ain Edruce
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Tiktok, Harian Metro
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.