Fazeera Nazri Azrai merupakan isteri kepada usahawan dan selebriti tanah air iaitu Fizo Omar. Fazeera atau namanya lebih dikenali sebagai Faz merupakan bekas pramugari
Di dalam sebuah ‘Podcasts’ bersama bekas pramugara iaitu selebriti dan penyanyi lelaki terkenal Malaysia, Zarul Umbrella telah membincangkan sebuah topik mengenai ‘Sexual Harrasment’. Faz telah menceritakan mengenai ‘Sexual Harrasment’ yang berlaku di kalangan ‘cabin crew’. Faz mengatakan bahawa isu tersebut sudah tidak mempunyai kesedaran kerana ianya sudah dinormalisasikan oleh semua krew pesawat.
Faz turut menceritakan peristiwa yang beliau telah hadapi, namun terpaksa berdiam diri kerana jika beliau melaporkan ke pihak atasan, beliau akan di “cop” sebagai “kaki report” dan akan dipulaukan oleh krew pesawat. Faz juga mengatakan bahawa beliau amat berharap bahawa isu ini akan diberikan kesedaran satu hari nanti.
Di ruangan komen turut ramai yang menyokong dengan kata-kata Faz dan juga ramai yang turut membuka mulut menceritakan peristiwa-peristiwa hitam yang mereka pernah hadapi.
Lihat klip video di bawah:
@zarulumbrellaofficialSexual Harrasment Dikalangan Cabin Crew
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.