Siapa tidak kenal, pelakon yang meningkat naik Amelia Henderson. Banyak filem dan drama lakonannya yang menjadi pujaan ramai. Baru-baru ini, banyak desas desus yang dia sedang hangat bercinta dengan rakan pelakon, Aedy Ashraf.
View this post on Instagram
Tiada angin tiada ribut, Amelia Henderson akui terkejut apabila membaca berita mengenai dirinya yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor Aedy Ashraf dalam masa terdekat.
“Saya kadang-kadang rasa terhibur dengan netizen. Apabila saya baca ada yang kata saya bakal kahwin dengan Aedy, saya macam ‘eh aku tengah shooting sekarang’. Saya terkejut masa baca, berita itu pula ibu saya yang bagi. Kemudian saya hantar pada Aedy dan dia pun sama terkejut..”
Dalam pada itu, Amelia berkata dirinya selesa berkawan dengan Aedy selain menyifatkan aktor itu seorang yang sangat memahami.
Mungkin ada yang tahu, kami berdua sangat rapat, kami ada fantastic relationship dari dulu sampai sekarang. Aedy seorang yang sangat memberi sokongan pada saya, bersyukur dia ada dalam kehidupan saya
Dalam ramai-ramai orang yang saya jumpa, dia sangat baik dan boleh memahami kedudukan saya.
Sementara itu, disoal apakah status sebenar hubungan mereka berdua, Amelia berkata dia akan umumkan kepada khalayak ramai sekiranya ada berita gembira yang ingin dikongsikan.
Kalau ada apa-apa ingin diumumkan tentang hubungan kami, saya akan umumkan. Bukan netizen yang umumkan.
Saya tidak mahu jawab apa status hubungan kami, kerana ia adalah sangat privasi untuk saya dan Aedy sendiri. Selagi tiada apa yang kami umum, saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab.