KUALA LUMPUR – Seorang lagi bekas pimpinan UMNO, Datuk Seri Adnan Yaakob turut menggambarkan prestasi parti itu kian menjunam susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Dalam satu video berdurasi 25 saat yang tular semalam, bekas Menteri Besar Pahang atau lebih dikenali sebagai Tok Nan mengatakan UMNO akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
“UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat,” katanya dalam video berkenaan.
Video itu tular semalam apabila Adnan dilihat hadir ke mahkamah di sini ketika keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Kenyataan Adnan membuat Muhyiddin tercengang dan bertanya “Macam mana jadi begitu?
“Banyak ceritanya,” jawab Adnan ringkas.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil melepas dan membebaskan Muhyiddin, 76, setelah mendapati keempat-empat pertuduhan dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional itu adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.
Semalam juga bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.
Menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial Facebooknya pada Ahad, Idris turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan presiden UMNO yang disandangnya di dalam parti itu.
Sumber: Twitter
[redirect url=’https://youtu.be/LBFZ8sPuuM8′ sec=’3′]