Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian Tomok di mana dia membuat latihan menyanyi bersama anak kecilnya, Khadijah.
“Pelapis in the making. Khadijah. On tak on..” – Tomok
Klip video tersebut mencecah sebanyak 1 juta tontonan dan 100 ribu sukaan. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat adik Khadijah yang begitu comel menyanyikan lagu berjudul Janji Padamu oleh kumpulan Exist. Ramai juga yang memberi sokongan kepada Tomok supaya anaknya nanti dapat meneruskan legasi dalam bidang nyanyian.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Nurfa: Dik.. kite dgr smpai habis.. smpai dgn aku skali lupa lirik
@Chue10: ikot deeja nyanyi sampai aku pon lupe dah lirik sebeno
@Rass: boleh lah dadeja sebutan tak clear pun ok 😂😂😂 hilang stress aunty
@Mazwan Mahari: walaupon tak jelas, tp dia pndai ikut tenpo n igt
@apiza.84l: amboi adik comel pun nak nyanyi juga macam pak nye.semoga adik sihat tubuh badan
@ais kosong: tak boleh judge salah lirik sebab akak pun sama je macam awak dik, janji sama melodi nya
@Misz: Hantam je la lirik tu deja oiii, jnji tone betol… Lagu Bercinta time tahun 6 tau dik..