Isteri kepada pendakwah terkenal, Dai Syed iaitu Hana Ismail telah keguguran kandungan pertamanya baru-baru ini.
Menerusi halaman tiktok, Hana ada berkongsi satu video tentang perasaan yang dirasai apabila kehilangan zuriat. Hana berkata yang perasaan itu sama seperti perasaan ketika mengetahui dirinya sedang hamil.
Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah, Da’i Syed itu turut berpesan kepada orang ramai untuk sentiasa menghargai sesuatu perkara sebelum kehilangan.
View this post on Instagram
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruang komen mendoakan Hana dan suami untuk terus kuat menjalani kehidupan.
Dalam pada itu, segelintir wargamaya turut memahami perasaan yang dirasai Hana memandangkan mereka turut berdepan situasi dan ujian yang sama.