Ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman memaklumkan yang selebriti terkenal era 80an, ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh telah melafazkan cerai kepadanya pada 8 Ogos 2023.
Maklumkan lafaz cerai melalui WhatsApp
Hal tersebut dinyatakan oleh Fauziah menerusi Instagramnya dengan menyertakan tangkapan layar rakaman suara yang dihantar ND Lala menerusi aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan lafaz cerai yang dibuat pada 2 Ogos tempoh hari di Masjid Ar Rahman, Bangsar.
Rumah tangga yang dibina 34 tahun musnah
Walaupun rumah tangga yang terbina selama 34 tahun musnah, namun Fauziah mengatakan yang dia reda memandangkan telah diberi kekuatan yang cukup besar oleh Allah S.W.T untuk melalui semua dugaan ini.
Ujarnya, dia menulis berkaitan perpisahannya disebabkan enggan ada sebarang fitnah. Jelasnya, dia sentiasa berdoa supaya terus diberi kekuatan seperti sebelum ini yang mana telah hidup bertahun-tahun dalam penipuan.
Terdahulu, Fauziah telah mendedahkan bahawa ND Lala sudah bernikah baharu dengan seorang wanita yang dikatakan rakan kepada anak sulungnya, Shila Amzah.
Namun begitu, dia dan keluarga memilih tidak terlalu bercerita perihal rumah tangga dan terus berkongsi momen-momen bahagia bersama anak-anak.
Pada pernikahan Shila Amzah dan influencer terkenal, Ubai pada 5 Ogos lalu, ND Lala telah hadir sebagai wali pernikahan tetapi bergegas pulang dan enggan ditemu ramah wartawan.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram mamazie68
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]