Tak dinafikan, selepas selamat mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, nama penyanyi MK K-Clique atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan dan isteri, Siti Hajar semakin mendapat perhatian ramai.
Baru-baru ini, nama MK dan Siti Hajar kembali menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas salah seorang pengguna Twitter berkongsi semula video pasangan ini yang dilihat berada di dalam kereta tanpa memakai tali pinggang keledar.
Menerusi video yang dikongsikan, pelakon dan penyanyi yang berasal dari Sabah ini merekod video isterinya sedang memandu sementara dia berada di bahagian penumpang. Berdasarkan perbualan pasangan ini, kedengaran MK bergurau meminta isterinya memandu dengan cepat kerana sudah terlewat untuk mendirikan solat jumaat dan seterusnya menghadiri mesyuarat.
Namun apa yang mencuri tumpuan segelintir netizen, apabila melihat pasangan ini tidak mengenakan tali pinggang meskipun berada di atas jalan raya. Mereka sempat menasihati MK dan Siti Hajar supaya lebih peka dan mematuhi peraturan di jalan raya supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.
Petang Ahad sebentar tadi, MK-Klique telah memuat naik permohonan maaf atas video yang tersebar tersebut.
“Saya ingin meminta maaf kerana memberi contoh yang tidak baik ketika saya mengusik isteri saya memandu sambil tidak memakai tali pinggang keledar…” – MK-Klique
MK-Klique turut berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang telag menegur kesalahan yang telah dibuat oleh kedua pasangan tersebut.
“Saya juga ingin berterima kasih kerana telah memberi teguran kepada saya dan isteri supaya kami boleh memperbaiki diri kami…” – Katanya
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]