Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama rakan selebriti yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Terima kasih Puteri Sarah
Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada berkata dia tidak dapat menyebut nama setiap individu yang menyokongnya, namun percaya mereka adalah sumber kekuatannya.
Kepada semua rakan-rakan, kawan artis yang sentiasa beri sokongan dan doakan saya, memang ramai sangat kalau nak sebut satu-satu. Saya sayang semua. Terima kasih banyak-banyak.
Shuhada berkata demikian sejurus proses lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
Dalam masa sama, Shuhada turut menyampaikan terima kasih kepada aktres Puteri Sarah kerana menjadi individu terawal yang membantunya untuk bangkit memperjuangkan nasibnya.
Paling penting, kalau tiada kak Puteri Sarah, saya tidak berdiri di sini hari ini. Terima kasih sangat pada awak. Saya doakan, akak dan saya bahagia bersama-sama. Insya-Allah akan hangout sama-sama nanti.
Terdahulu, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu, pada pagi Khamis.
Sebelum ini, Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun lalu.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Lihat klip video di bawah:
@ohbulanofficial Replying to @cuespice Harap Shuhada tabah menempuh ujian.. Doakan baik-baik untuk Shu.. 🤲🏻🤲🏻#ohbulan #news #fyp #shuhada ♬ original sound – OHBULAN!
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]