Kesempitan hidup memaksa Mohd Mazlan Zainol, dan isteri serta tiga anak mereka berusia 10 hingga 14 tahun, mendiami rumah sempit di Kampung Sentosa sejak 12 tahun lalu. Namun pesawah yang turut mengambil upah melakukan kerja kampung itu bersyukur kerana isteri.
Noor Yanti Suraya Ramli, bersama dua anak lelaki serta seorang anak perempuan, tidak pernah sesekali merungut walaupun hidup serba kemiskinan.
Kata Mohd Mazlan, rumah mereka sekarang dibina bersama bapanya 12 tahun lalu dengan modal RM3,000 disumbangkan ahli keluarga bagi membeli bata serta papan untuknya membawa isteri dan anak sulung yang ketika itu berusia dua tahun berpindah dari rumah pusaka keluarga di lokasi agak jauh dan terpencil.
“Ibu pernah meminta kami tinggal bersamanya, namun isteri tidak selesa. Ibu kemudian memberi cadangan pada kami bina rumah tidak jauh dari rumahnya”
Baca lagi: Anggap benda keterlaluan, sekali Siti Nordiana dedah tindakan Khai Bahar
Lihat juga video dibawah:
Dalam keadaan serba kekurangan dan kekangan modal ketika itu, dia dan bapanya berjaya membina didiami sekarang, namun ia kini sudah mula reput dengan kayu dimakan anai-anai dan dinding diperbuat daripada zink juga sudah rosak.
“Ketika itu, saya hanya fikir untuk beri tempat berteduh buat isteri dan anak. Selepas rumah terbabit siap, anak kedua saya dilahirkan disusuli anak bongsu dua tahun kemudian. Lama kelamaan, semua anak sudah besar dan rumah juga hanya tunggu masa untuk roboh namun kami terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan”
Menurutnya, rumah terbabit hanya mempunyai satu bilik dan setiap malam, isteri serta anak perempuannya akan menumpang tidur di rumah jiran mereka yang juga seorang wanita warga emas.
“Secara kebetulan, jiran itu tinggal berseorangan dan dia bayar isteri saya RM15 setiap malam kerana menemaninya. Saya anggap itu rezeki kerana wang terbabit sedikit sebanyak dapat membantu menampung hidup kami”
“Hasil bersawah tidak menentu, malah ia juga akan dikongsikan dengan ahli keluarga yang lain. Saya turut ambil upah meracun atau potong rumput di kawasan sekitar”
Walaupun dihimpit kemiskinan, dia juga menerima bantuan RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bersyukur kerana anak-anak tidak pernah merungut malah mereka menjadi penghibur ketika di rumah.
“Sebagai suami dan bapa, saya memang sedih kerana gagal menyediakan tempat yang lebih selesa buat keluarga, namun mujur mereka faham. Malah, hampir setiap hari saya akan berpesan kepada anak supaya beri tumpuan kepada pembelajaran demi masa depan kerana tidak mahu mereka susah seperti saya”
Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Kedah, Mohamad Zaini Mohamud, mengatakan pihaknya telah dimaklumkan yang permohonan Mohd Mazlan untuk membina rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berhampiran kediaman sekarang bakal diluluskan dalam tempoh terdekat.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Info Rakyat