Beberapa hari yang lalu tular mengenai insiden tiga sekeluarga yang cedera parah akibat disimbah asid ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Gombak.
Wanita warga emas ditahan
Terbaru, seorang wanita warga emas yang disyaki terlibat dengan kejadian tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir memaklumkan suspek yang berusia lingkungan 60-an ditahan ketika satu serbuan dibuat di sebuah taman perumahan sekitar Rawang pada jam 4.20 petang.
Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok (Isnin).
Terdahulu, video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu menjadi tular dan mendapat perhatian wargamaya.
Difahamkan, sebelum tiga beranak berkenaan diserang asid, kedai perusahaan roti naan mereka hampir musnah terbakar dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat pada 9 Jun yang lalu.
Lihat klip video di bawah:
Lihat siaran ini di Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@𝓐𝓲𝓭𝓪 𝓢𝔂𝓪𝓭𝓪: Cctv mcm lelaki apesal plak makcik yg didakwa
@Zalma Mat Piah: terang² cctv tu lelaki.. Allahu sedihnye klu mmg bukan mkcik ni buat tp sbnrnye org lain😭😭😭
@🪸 SEVDA 🪸: x ykn mkcik ni yg buat…mgkn mgku utk slmatkan ssrg..mgkin laaaa…hmm
@ℐ𝑒𝓃𝒶.86: Ya allah hilang pertimbangan manusia bila hasad menguasai
@hisyamsuhaimi8: Ada lagi ke main simbah asid ni last aku dengar tahun 2011
@Abang Cezza: Saya pernah kena kat tangan sikit je tapi pedihhh woo
@𝘀𝗵𝗶𝗼𝗻-𝗺𝗶𝘇𝘂𝗻𝗼🖤: kerajaan kena ketatkan undang² pembelian asid ni..
@Diana Jual Skincare | AINAA: Cara tu boleh digunakan utk melecur kena minyak panas jgk ke ?
@Atennn♡: Kaki laki kita kena sikit ponn allah sakit mat 😅 tapi nak bt gena mmba qeja mcmtu
@Fadil Mohamad265: tp kalau asid cuka getah jangan cuci terus pakai air, sbb air lg mengaktifkan asid tu.kena lap, ngn kain, dlu, cepat ii bru basuh, ngn air
@DL.🌷: aku pernah kena asid ..nitrik acid kat jari time buat laboratory analysis…kena hujung jari pon sakit nak matey mat …lagi satu muka 😭😭
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.