Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok afgan2705, dan telah ditular baru-baru ini.
Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan merupakan seorang penyanyi pop, penulis lagu dan pelakon terkenal. Beliau dilahirkan pada 27 Mei 1989, yang berasal dari negara jiran iaitu Jakarta, Indonesia.
Terkenal dengan lagunya yang berjudul Terima Kasih Cinta membuat namanya menapak di persada dunia seni. Kerjayanya bermula apabila beliau dan beberapa rakan-rakannya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah album di Wanna B Instant Recording Studio.
Dalam video klip ini menunjukkan Afgan membuat satu klip durasi pendek mengenai peminatnya yang berasal daripada Malaysia sanggup menunggu beliau dalam masa 2 jam di sekitar Senayan, Jakarta untuk bertemu dengannya. Bapa kepada peminat itu juga menceritakan kepada Afgan bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan anaknya apa yang diiginkan jika mendapat kelulusan penuh.
Beliau turut menyangka anaknya hanya inginkan telifon bimbit ‘Iphone’ ataupun ‘Laptop’, dan setelah anaknya mendapat keputusan ‘straight A’ dalam ujian SPM anaknya meminta ayahnya untuk bawa jumpa penyanyi Indonesia tersebut.
Afgan turut menulis satu kapsyen di akaun Tiktok nya seperti dibawah:
“Moments like this is the reason why i make music. Thank you soo much to this beautiful family who came all the way from Malaysia to watch my concert, i appreciate you guys soo much!”
Baca lagi: ‘Jual’ Nama Isteri Untuk Pinjam Duit, Suami Kantoi Jalin Hubungan Dengan Wanita Lain
Baca lagi: Orang kuat Ebit Lew ucap Selamat Tinggal, sekali kenyataan Caprice mengejutkan ramai
Lihat klip durasi pendek reaksi Afgan jumpa peminatnya dari Malaysia:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Netizen turut memberi komen yang positif diruangan komen, mengatakan reaksi Afgan sememangnya sporting dan lemah lembut apabila berjumpa dengan peminatnya dari Malaysia walaupun sanggup menunggu selama 2 jam untuk bertemu dengannya. Ada juga yang mengatakan peminat tersebut bertuah mendapat ayah yang sanggup menunaikan janjinya hingga dapat pergi ke konsert dan berjumpa dengan Afgan. Netizen juga memberi pujian dengan cara Afgan menghargai peminatnya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 182.8K penonton, 26K sukaan dan 365K komen.
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Farra Rusli Ent: dah dapat straight A, dapat tgk konsert, dapat jumpa afgan lagi
@tasha: afgan!! give them free tix for your concert dekat malaysia + please make 2 days for your concert
@haneybarney: Im from Malaysia. I love you so much Afgan. Aku pengennnn ke konsert kamu lagi hahaha tapi ga cukup wang. Jumpa next yearrr kalo kamu datang lagi bb
@Maddison D.: i hope they all can get tickets and get tgt into your concert in malaysia as well
@Nawarhw: My husband and I are coming to your KL concert on our wedding anniversary night. Yes that’s the kind of impact your music brings/ has brought
@wafie maboy: if i got straight A… i also woukd definitely ask to go to your concert… hahaha i know alll ur song
@Illyy : Aku pernah berangan-angan kalau aku kawin aku mau jemput afgan nyanyi. Tapi tula angan-angan jak la
@Rasmuna Mun: awwww such a lovely family n thanks to you too afghan. she’s so lucky
@Dora Nahar: Afgan please make it 2days concert at Malaysia . Im so frustrated im not getting the tix since last year
@fil: teruskan buat concert sampai saya mampu pergi nanti tau afgan
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram