Menerusi laman Instagram, Tak ada angin, tak ada ribut, seorang lelaki yang mendakwa dirinya pekerja pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil memuat naik hantaran mengucapkan selamat tinggal kepada pendakwah bebas itu menerusi Instagram Story. Bukan itu sahaja, menerusi hantaran lain, lelaki yang dikenali sebagai Ajai Ahmad itu turut mengatakan Ebit akan menyesal selepas mendakwa pendakwah itu telah menyentuh ahli keluarganya.
“Selamat tinggal Ebit Lew, Kau dah sentuh keluarga aku, kau akan menyesal…” – Orang Kanan Ebit Lew
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, hantaran Ajai itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai tindakan yang dilakukan individu terbabit terhadap keluarganya. Dalam pada itu, penyanyi rap Caprice dilihat seakan gembira serta memberikan sedikit komennya mengenai situasi ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa syukur dan bangganya serta menyifatkan doa mereka yang teraniaya sudah pun termakbul.
“Salam brother Ajai (antara orang kanan/orang kuat Ustaz Ebit Lew). Alhamdulillah, selepas dua tahun. Doa orang yang dianiaya sudah pun termakbul. Saya sangat bangga dengan brother Ajai atas keberanian ini. I am very proud of you bro for being this brave…” – Caprice
Caprice juga menyuarakan keinginannya untuk berjumpa dengan Ajai bagi mendapatkan lagi info mengenai isu ini. Susulan itu, Ajai memberikan responnya terhadap Caprice dan menyifatkan setiap manusia di dunia melakukan kesilapan.
Ajai juga meminta Caprice untuk bertenang sebaliknya mahu menyelesaikan isu yang terjadi ini bersama adik-beradiknya yang lain.
“Kita semuanya sama, semuanya pendosa. Urusan saya dan Ebit Lew, biar kami adik-beradik selesaikan sendiri. Terima kasih atas keprihatinan anda, Caprice…” – Kata Orang Kanan Ebit Lew
Sekadar info, isu mengenai Caprice dan pendakwah bebas itu pernah tular sekitar tahun 2021 yang lalu apabila penyanyi rap itu mendakwa Ebit Lew menyekatnya di Instagram.
Ia susulan Caprice mempersoalkan tingkah laku Ebit Lew ketika menyempurnakan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin pada ketika itu.
Lihat Instagram Story milik Orang Kanan Ebit Lew di bawah:
Lihat Instagram Story milik Caprice:
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Instagram