Home Viral Dakwa dulu hidup susah sebelum menjadi Jutawan, sekali Ramai tidak puas hati...

Dakwa dulu hidup susah sebelum menjadi Jutawan, sekali Ramai tidak puas hati dengan kenyataan Asyraf Khalid dan Tya Arifin

303
0

Anak kepada Jutawan Terkenal Malaysia Datuk Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid telah menjadi bualan hangat orang ramai beberapa hari yang lalu. Isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin telah memuat naik sebuah klip video di akaun Tiktok miliknya.

Klip video tersebut menunjukkan beliau telah mengeluarkan kenyataan mengenai kehidupannya dahulu serta kehidupannya sekarang. Tya mengatakan bahawa dahulu beliau bersusah bersama suami. Namun, rezeki tidak pernah salah alamat, Kini beliau telah menjadi Jutawan Terkenal bersama suaminya juga.

“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekurangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng kantin atau makan di restoran Mamak…” – Asyraf Khalid

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah, Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa pertolongan sesiapa termasuk ayah…” – Katanya

Ramai telah mengeluarkan perasaan tidak puas hati kerana mereka mengatakan bahawa ayat tersebut tidak boleh diguna pakai bagi kedua pasangan tersebut disebabkan kedua-duanya berasal dari keluarga yang berada. Ramai turut mengatakan bahawa tiada seorang pun di Malaysia yang tidak mengenali bapa kepada Asyraf Khalid iaitu Jutawan Terkemuka di Malaysia. Ada juga yang mendedahkan bahawa perwatakan Asyraf dan Isteri sentiasa begitu di Media Sosial. Namun, apabila berjumpa perwatakan mereka sangat ‘rude’ tidak seperti ibu tiri mereka iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lihat klip posting di bawah:
photo 2023 07 03 21 11 45

photo 2023 07 03 21 11 41

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter, Tiktok

Previous articleBaru Sahaja Habis Latihan Tentera, Reaksi Lelaki Ini Sujud Di Kaki Ibunya Buat Ramai Yang Sebak
Next articleSakan Bergelek Tak Ingat Dunia, Reaksi Penonton Big Stage Dikecam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here