Baru-baru ini tular seorang pegawai polis wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila yang di mana beberapa klip durasi pendek memaparkan reaksinya memarahi anggota bahawan dan orang awam tular di media sosial. Tindakan Inspektor Sheila ini juga mendapat kecaman daripada warganet.
Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam.
“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan, saya faham pertuduhan”-katanya selepas tuduhan dibacakan jurubahasa Makahmah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Beliau didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-dua, jika disabit kesalahan.
Inspektor Sheila juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki yang mengatakan:
“You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”
Dakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Norhafizah Rajuni atas pertuduhan menyebut pangkat Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan cara tidak wajar dengan maksud mengaibkan kehormatan penama itu.
Rata-rata netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan masih tidak berpuas hati dengan tindakan beliau yang selamba menghina pangkat orang bawahannya. Ada juga yang mengatakan agar pihak atasan mengambil tindakan atau denda terhadap beliau.
Lihat apa kata orang ramai:
Wan Jamal: Patut nya polis macam ni diperlukan utk membasmi pendatang yg berlambak kat Malaysia.. Ni sesama sendiri yg kena marah.
Puan Haliza: Btul lah depa Ni kalau Ada pangkat lain macem…
Najib: pegawai polis mcm ni kite nak..baru anak buah tkut….ni polis sekrg mcm mcm jenayah terbabit…
Hidup Inspeltor Sheila
Mohamad Fazli: Mohon ditukarkan ke balai polis Kerala atau Tamil Nadu
Maizan Hadi: Inspektor dlm percubaan yg dh bertahun x confirm2
Fiq Afiq: Mesti tak kena tindakan…kabel letrik besar ni
Muhammad Syafiq: Turunkan pangkat jadi konstable ,denda cuci toilet 2tahun
Redzuan Yahya: Takot jgak la mgaku bersalah, ingatkan brani mngaku bersalah, lemah jgak la. hhhhmmmmm..
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: BuletinTV3 dan Ohbulan