Seorang lelaki warga emas pasrah selepas anggota keluarga meninggalkannya seorang diri di surau di Pulau Indah, Klang selepas diajak untuk solat berjemaah.
Difahamkan selepas tiga haru berada di surau itu, ada individu yang prihatin membawa lelaki malang berusia 68 tahun itu ke surau di Subang sebelum diselamatkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
LZS dalam hantaran di Facebook menjelaskan, pihaknya segera ke surau berkenaan selepas menerima maklumat nasib seorang lelaki warga emas dilaporkan terpaksa tidur di surau.
Baca lagi: Pasangan Warga Emas Tetap Berbakti Kepada Anaknya Yang Cacat Dan Terlantar Sejak 11 Tahun Yang Lalu
LZS berkata warga emas terbabit dalam keadaan lapar, keletihan dan mengalami sakit kaki akibat jangkitan kuman. LZS turut mengatakan lelaki berkenaan memaklumkan dia tidak mempunyai zuriat kerana belum pernah berkahwin, katanya juga beliau sebelum ini tinggal sendirian dan kemudian dijaga oleh anak saudaranya sejak setahun yang lalu.
Pilu hati ketika beliau berkongsi cerita bagaimana ditinggalkan di sebuah surau yang mana pada peringkat awal dirinya tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian. Pujukan ahli keluarga mengajaknya ke surau untuk berjemaah adalah perancangan untuk meninggalkannya di surau berkenaan, pakaiannya juga sudah siap diletakkan di dalam beg.
LZS turut memaklumkan, warga emas itu kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil.
Katanya juga:
“Alhamdulillah, selepas berunding.. warga emas itu bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatannya. Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk menyalurkan zakat anda kepada mereka yang berhak. Sedikit bagi anda, segala-galanya buat mereka”
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA