TikTok telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan had masa skrin harian automatik selama satu jam pada semua akaun milik pengguna berumur bawah 18 tahun
Jika had 60 minit tercapai, remaja akan digesa memasukkan kod laluan untuk terus bermain Tiktok.
“Ciri-ciri ini adalah untuk menambah tetapan keselamatan sedia ada pada TikTok untuk akaun remaja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada hari Rabu, 1 Mac.
Dalam langkah untuk menggalakkan remaja supaya lebih peka terhadap masa mereka dan untuk mengelakkan mereka bermain Tiktok yang tidak berkesudahan, TikTok berkata ia juga akan menghantar rekod pemnggunaan mingguan kepada mereka.
Baca juga : “Tiktoker Makan Ikan Sungai Harga RM3,000, Only In Sarawak”-Dengar Apa Review Dia…
Baca juga : “Adik Sakan Menarik Tiktok, Tiba-Tiba Abang Datang Tegur Cara Halus…..”-Ngekek Tengok Abang Azan
Selain itu, TikTok turut melancarkan lebih banyak ciri dalam fungsi ‘Family Pairing’ apl untuk membolehkan ibu bapa lebih mengawal penggunaan TikTok anak-anak mereka.
Fungsi ‘Family Pairing’ membolehkan ibu bapa atau penjaga memautkan akaun TikTok mereka ke akaun remaja mereka dan menetapkan kawalan.
Ibu bapa akan dapat menapis video dengan perkataan atau hashteg yang mereka tidak sesuai muncul dalam suapan remaja, menetapkan had masa skrin harian untuk remaja dan menyediakan pemberitahuan.
Dalam satu kenyataan kepada SAYS, TikTok berkata ciri-ciri ini juga akan diperkenalkan di Malaysia.
Sumber : SAYS