Home Kehidupan Kahwin Atas Pilihan Keluarga, Selepas 6 Tahun Baru Timbul Rasa Sayang

Kahwin Atas Pilihan Keluarga, Selepas 6 Tahun Baru Timbul Rasa Sayang

192
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok beritamediacorp, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan sepasang suami isteri yang sudah meningkat usia ditemuramah oleh wartawan, di mana mereka berdua berkongsi cerita mengenai hubungan mereka yang dikahwinkan dan pilihan dari keluarga sendiri. Si suami yang bernama Ahmat Pagi berusia 69 tahun dan si isteri pula bernama Hamidah Noor berusia 65 tahun, dan mereka berdua juga telah berkahwin hampir selama 50 tahun berkongsi hidup sebagai suami dan isteri.

Si suami mengatakan pada mulanya mereka berdua sememangnya tidak kenali satu sama lain, sehingga selepas berkahwin dan hanya berbual mengenai rutin harian mereka sahaja. Si isteri juga mengatakan beliau mula timbul rasa sayang terhadap suaminya setelah 6 tahun berlalu, dan beliau turut mempelajari mengenai hal tersebut.

Baca lagi: “Lawak ! Puas Sental Kesan Gincu Dekat Cawan Kenduri Orang Kahwin”-Ni Pakai Gincu Ke Cat

Baca lagi: “Yg kahwin Nabila dgn Emran, tpi wartawan tnya Erra Fazira.. Ehh tak logik” -Netizen

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@𝖆𝖒: ni baru betol old school love, zaman skrg dah rare dah…

@Hadi Salleh: Seronok tengok orang bahagia mcm ni. Bahagialah kalian sampai ke syurga

@sjobssesion: Bila kita jmpaa org yg tepattt…sy doakan yg belum dpt jodoh tu dpt jodoh yg tepat is okay lmbt yg penting selamat

@SumiahBuyong: cantik dan handsome masa muda2 dulu,yang paling best you both can get along very well in old age.Suka sangat tengok.

@user1222836629462: alhamdulillah..ya Allah semoga rmhtgga ku jugak mcm pakcik Dan makcik ni..in Shaa Allah.. tahniah pakcik Dan makcik

@Bdak Nakal167: Ambik ikhtibar dn pengalaman mereka sebgai contoh dn rujukan rumah tangga.selebihnya olah ikut cara kehidupan kita.trbaikk

@rainbowafterrain: Exemplary. Nak cari pasangan mcm gini susah. Terlalu banyak case curang sekarang. Bnyk yg boleh dipelajari dari pakcik and makcik ni

@zurainaabdrahman: mak ayah sape ni…sweet sangat…contoh yg baik ni…i love u x lekang dr mereka berdua…Allahuakbar

@Radzaliha: semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia kejannah.. doakan saya dipermudahkan jodoh yg baik

@Qiela00: semoga rumah tanggaku seperti ini aminn..kami pon jodoh pilihan keluarga..tunang sebulan terus nikah..

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 65.3K penonton, 6683 sukaan dan 275 komen.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Artis Korea Pun Tak Macam Ni”-Pelakon High Council Diserbu Para Peminat
Next articleDato’Seri Vida Tampil Dengan Busana Ramadhan Yang Memukau
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here