Home Kehidupan Demi Hidup Bersama Buaya, Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri

Demi Hidup Bersama Buaya, Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri

365
0

Anda mungkin pernah mendengar mengenai manusia yang berkawan baik dengan buaya, namun kisah lelaki yang dikenali sebagai Gilberto ‘Chito’ Shedden dengan seekor buaya ini mungkin adalah yang terbaik sekali kami pernah dengar.

Pada tahun 1989, Chito telah menemui dan menyelamatkan seekor buaya yang hampit mati selepas kena tembak tebing sungai Reventazon, Costa Rica. Selama 6 bulan, Chito menjaga buaya tersebut dan memberinya makanan 31kg ayam dan ikan setelah seminggu mulai rapat dengannya. Pada awalnya buaya itu tidak mahy makan tapi Chito berjaya memujuknya untuk makan.

Buaya tersebut telah diberi nama Pocho dan pernah dilepaskan Chito ke sungai semula namun beliau terkejut apabila buaya itu kembali semula pada keesokkan harinya dan tidur di luar rumahnya. Sejak itu, hubungan mereka semakin erat dan Chito menghabiskan masa dengan Pocho hingga menyebabkan ditinggalkan oleh isterinya.

Baca lagi: Pemuda menyeberangi sungai cedera dibaham buaya

Baca lagi: Datuk Bandar Mexico Berkahwin Dgn Buaya

sinetronmalaya.com Demi Hidup Bersama Buaya Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri mmm

Chito bagaimanapun tidak menyesal ditinggalkan isterinya dan menurutnya isteri boleh dicari tapi buaya (Pocho) hanya satu dalam sejuta. Menurut Chito, dia menyedari Pocho boleh dilatih ketika buaya itu memberikan reaksi saat mendengar namanya dipanggil oleh Chito. Chito dan Pocho juga sering melakukan pertunjukkan bersama dan caj yang dikenakan kepada penonton juga sebanyak AS$2 persamaan Rm8.40.

sinetronmalaya.com Demi Hidup Bersama Buaya Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri ddd

Ini kerana Chito menganggap Pocho adalah rakan baiknya dan dia tidak mahu dilihat sengaja mengambil kesempatan terhadap Pocho. Chito kemudiannya, melakukan pertunjukkan bersama haiwan itu dan berkata apabila Pocho mengikutnya pulang dan memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, beliau juga tahu bahawa dia boleh melatih haiwan tersebut.

sinetronmalaya.com Demi Hidup Bersama Buaya Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri ppp

Persahabatan antara Chito dan Pocho berlanjutan sehingga lebih 20 tahun hinggalah Pocho mati pada tahun 2011. Chito yang sedih kehilangan Pocho bagaimanapun tetap meneruskan kehidupan dan kini sedang melatih ‘Pocho’ keduanya dan berharap boleh melakukan pertunjukkan bersama di masa akan datang.

sinetronmalaya.com Demi Hidup Bersama Buaya Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri sss

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous articleGempa Bumi Berskala 7.9 Magnitud, Tiada Rakyat Malaysia Yang Terkorban
Next articleLebih Kurang 1,300 Mangsa Banjir Di Kuantan Telah Dipindahkan, Hujan Tidak Henti-Henti Sejak Semalam
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here