Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok cindytakrella4891, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang cikgu perempuan bertanya kepada anak muridnya mengenai botol air yang dibeli di Starbuck. Jawapan yang diberi oleh anak muridnya itu telah membuatkan cikgu ini terkejut mendengar harga botol air tersebut. Beliau juga mengatakan dirinya juga tak pernah masuk ke kedai Starbuck dan memberitahu kepada anak muridnya jika mahu membeli apa-apa untuk beliau, belilah makanan di gerai ataupun air sahaja pun sudah mencukupi.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan botol air tersebut merupakan edisi terhad di Starbuck dan pelanggan sentiasa merebuti jika stok botol air itu masih ada. Ada juga yang mengatakan jika mereka turut beli barang apa-apa yang tidak berfaedah dengan harga yang mahal akan dimarahi oleh ibu bapa mereka setelah pulang ke rumah. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.6M penonton, 112.6K sukaan dan 2904 komen.
Baca lagi: Starbucks Menawarkan Promo Beli 1 Percuma 1 Untuk Semua Frappuccino Setiap Khamis
Baca lagi: Rider Food Panda sebak hantar Starbucks, dapat pulangan RM200 seorang
Lihat klip durasi pendek reaksi cikgu ini:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@m.aimz: Edition tu je rm400 lebih..edition lain rm100 lebih jaa tpi balik je rumah telinga siap2kn lah tutup serapat2nya
@Nieé: Saye beli tumbler starbucks dulu , cikgu Bahasa saye ingat tu tempat buang sisa pengasah pencil
@adammamat1: benda ni masa Kita student je sangup beli. Dah kerja nanti tahu la, lepas tangguh…tangguh sampai kau pencen
@aryn_2580mohamad: Percaya tak, saya umur 43y ni belum pernah sekali pun masuk starbucks..
@AMIRUL_ZARIFF: ini kalau mak saya tengok video ni habis la adik saya . dia buat koleksi dia kat bilik banyak cup dah , ckp dekat mak 15 ringgit saja
@cerita dia lagu ni: masa skolah dly botol 100+ ja bawa p skolah itupun semengah dah
@S.R: sesetengah brand famous yg hrga beribu2 pun ada
@Wirda Luqman II: ank dara sypon ada tumbler tu..time dpt tau harga dia membebel sy tbenti.buang duit sungguh hbs gitu ja gaji .
@Sis Emoji: duit dr Mak Ayah mmg beli ape2 rs murah, klu gji sndri nak beli pk 10X
@SalinaAzman: trend ank2 zmn sekarang..tknk kata ank org lain ank kita pun lbh kurang gitu suka kumpul botol air stabak
@Humaira: mse student mmg la have²..dah kje tau la nnti .menabung tu lg penting drpd beli bnde mcm ni
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram