Baru-baru ini tular apabila seorang pelajar memuat naik video mengenai universitinya. Video tersebut menunjukkan pelajar tersebut sangat marah terhadap pihak ‘management’ MSU.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik maryaaa420 menunjukkan seorang pelajar MSU yang mengamuk kepada pihak ‘management’ MSU. Beliau mengatakan pihak ‘management’ MSU tidak pernah mengangkat panggilan semasa beliau menghubungi pihak tersebut untuk bertanyakan mengenai yuran pembelajaran yang tertunggak. Beliau turut mengatakan daripada semester pertama lagi pihak ‘management’ MSU susah mengangkat panggilan. Pelajar tersebut turut mengatakan bahawa beliau juga mahu ‘grad’, tidak sepatutnya pihak MSU ingin membuat perkara sebegini kepadanya.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa nama saja universiti ‘management’ tetapi ‘management hauk’. Ramai juga yang menceritakan peristiwa mereka berhadapan dengan pihak ‘management’ universiti masing-masing. Ada juga yang mengatakan bahawa UiTM sahaja yang sangat bagus ‘system management’ nya.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 300K tontonan, 20K sukaan dan 300 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@ai: Uitm pulak kemain laju bab bab duit ni. Dah lama grad pun tetiba call katanya ada saman
@Aizat Marzuki: Tips. Kalau ada masa, pergi depan office management, call dpn dpn. Tgk dorang wtpe. Pastu jerit. Woi xreti angkt ke. Aku prnah buat. Semua diam glabah
@cess: weh setuju nama je universiti management tapi management hauk
@eyna: Msu memang geram tau dah la payment tak tentu ttba je ada tambahan bayaran bila kita dah bayar full
@Hidayyah: Hahaha pernah kena gini.. time nak grad tetiba tak dapat grad sebab tak bayar additional charges.. lahai.. aku guna ptptn kot
@kwacey: i think mostly banyak uni okay and stay sebab lecturer best but selalu dengar management hauk
Sumber: Tiktok