Home Hiburan Aliff Aziz Akur Permintaan Isteri, Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Sophia Albarakbah

Aliff Aziz Akur Permintaan Isteri, Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Sophia Albarakbah

472
0

Berikutan isu orang ketiga yang ingin ‘menyondol’ Aliff Aziz. Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai kerana dia sedang hangat berlakon dengan Aliff Aziz menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

“Tanpa perlu menyebut nama, rasanya sudah tahu sebab saya sedang buat satu drama saja. Itu sajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu saja.” Ujar Aliff Aziz

Walaupun tidak menyebut nama, kriteria yang dijelaskan Aliff itu jelas ditujukan buat Sophia AlBarakbah iaitu heroinnya dalam satu-satunya penggambaran drama membabitkan Aliff ketika ini iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Menerusi temubual dengan wartawan, Aliff Aziz ada memberikan sepatah dua kata mengenai isu tersebut. Menurut Aliff, setelah pendedahan tersebut dia tidak lagi menghubungi Sophia. Kini dia hanya berjumpa dengan Sophia di set penggambaran. Namun, mereka tidak lagi banyak bercakap seperti dulu kerana isu ini sudah besar. Kini mereka hanya fokus terhadap kerja.

Tambahan lagi, dia menghormati permintaan isterinya untuk tidak lagi berlakon bersama Sophia. Ujarnya, isterinya Bella hanya inginkan yang terbaik untuknya. Jadi dia menghormati keputusan isteri. Hal ini kerana tiada isteri yang ingin tidak baik untuk suami. Alif juga dengan terbuka hati untuk Bella menemani Aliff di set penggambaran jika itu mampu membuatkan Bella lebih yakin.

Aliff Aziz juga berkata yang perkara ini bukan gimik semata-mata. Dia tidak akan bersetuju untuk membuat perkara sedemikian. Dia lebih rela suatu karya itu naik kerana karya itu sendiri. Bukan gimik semata-mata.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Vide0 Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@bulan purnama:hrp btepuk sblh tgn je,.jgn nti sophia kuar sttmt lain plk

@niezal:susahkan jadi org hensem ni..kan dh ada yg tersuka😅..pepon smga allah pegang hati alif hya tuk fmly smpi hujung nyawa..

@Cikgu Miesha:Alif lebih matang menjawab berbanding dulu

@Pelangi impian:Ini lah baru suami… belajar dari kesilapan

@Adieah Saila:Alhamdulillah, good husband. Semoga sikap ini kekal sampai bila2. Aamiin

@user357694791576:semoga rumah tangga aliff dan bella terpelihara sampai bile2

@lovehershes:syukur alhamdulillah..pengalaman mengajar alif lebih matang.jgn diulangi kesilapan yg lepas.semoga ikatan perkahwinan bella & alif berkekalan

@sikaboihitam:Terima kasih krn telah mjdi lelaki yg matang n setia kpd isteri,jd lah cnth terbaik sbg org yg dikenali.

@𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃🕊:Alif mmng tkleh belakon spe ganding ngn dia senang jatuh hati payahhhj

Moga dipermudahkan urusan Aliff Aziz dan Bella. Moga perkara ini tidak dibesarkan lagi dan dapat diselesaikan dengan baik. Peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang..

Previous article“I Tak Kacau Aliff…” – Sophia Albarakbah Merayu Pada Bella Astillah
Next articleKetahui Khasiat Makan Buah Oren

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here