Heboh di laman sosial apabila pelakon dan selebriti terkenal, Zizan Razak memuat naik gambar berdua bersama Hawa Rizwana di halaman instagram. Zizan juga ada membuat kaption ‘Harap Semua Bertenang, Nanti Kami War warkan, Kami Janji..’
Tindakannya itu membuatkan peminat menganggap mereka sedang dilamun cinta. Zizan bagaimanapun memohon agar orang ramai tidak membuang sebarang spekulasi yang tidak benar hanya kerana sekeping gambar.
Menurut Zizan, tujuan dia memuat naik gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama terbaharu mereka di bawah arahan Michael Ang yang akan keluar tidak lama lagi. Ia juga merupakan lakonan pertama Hawa.
Zizan juga sempat bergurau dengan Khai Bahar dengan berkata, “Jadi salah faham pula, minta maaf kepada yang salah faham terutama Khai Bahar. Hawa itu dah macam adik saya, saya tidak fikir apa-apa pun..”
View this post on Instagram
Klik Di Bawah Untuk Lihat Penjelasan Zizan
View this post on Instagram
Kalau dah jodoh apa salahnya kan, tapi apa-apa pun peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan Zizan. Tidak kisahlah dengan siapa pun, asalkan Zizan bahagia hingga ke jannah. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber Instagram