Home Kehidupan Sedih ! Ibu Terpaksa Guna Air Rebusan Nasi Untuk Gantikan Susu Anak

Sedih ! Ibu Terpaksa Guna Air Rebusan Nasi Untuk Gantikan Susu Anak

188
0

Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu itu tidak terbelah bahagi, bahkan seorang ibu bapa melakukan apa-apa sahaja demi membesarkan anak yang mereka miliki.

Berkongsi tentang kisah seorang wanita yang sangat kuah, menceritakan kisah di mana wanita tersebut terpaksa menggunakan air rebusan nasi untuk menggantikan susu buat anaknya.

WhatsApp Image 2023 01 26 at 09.34.27

Wanita tersebut yang berkongsi kisahkan di sebuah laman group Facebook yang di join nya. Katanya lagi, dia yang mencuci longkang dan menerima upah sebanyak RM10, segera membeli sardin dan beras untuk kelangsungan hidup nya.

Baca juga :“Semuanya Takkan Terjadi Kalau Pakai Carseat.. ” – Perkongsian Ibu Ini Buka Mata Ramai Pihak

Baca juga: “Ramai cakap anak ibu macam alien…” – Wanita kecewa ramai menghina wajah anak

Walau bagaimanapun, wanita tersebut juga berhasrat untuk membelikan anak nya biskut kegemaran nya. Tetapi, dengan wang hasil cuci longkang tersebut, tidak mampu untuk membelikan nya lagi.

Postingan yang dimuat naik oleh wanita tersebut :

WhatsApp Image 2023 01 26 at 09.34.42

Ada juga warganet yang mengecam terhadap postingan tersebut, beranggapan seolah-olah wanita tersebut ingin meraih simpati. Malah diterangkan kembali oleh wanita tersebut bahawa dia hanya ingin berkongsi kisahnya pada hari tersebut.

Sudah fungsi group Facebook itu pun untuk berkongsi kisah-kisah harian, jadi tidak hairan lah jika wanita tersebut juga ingin berkongsi apa yang terjadi pada hari-harinya.

Tidak semua nasib manusia itu sama, ada yang mungkin mempunyai banyak harta, ada juga yang tidak kaya harta. Tetapi yang paling penting adalah kaya hati dan terus berusaha untuk menjadikan hidup ini semakin baik dari hari ke hari.

 

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous articleRamai Kagum Lihat Gadis Barista Kekal Sabar Walaupun Ditengking
Next article“Kahwin Dh 11 Tahun, Apa Ayat Paling Pedih Org Bgi” -Respon Achey Buat Rmai Yg Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here