Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, semestinya banyak persiapan yang telah dilakukan. Tengok saja di mana-mana bangunan, banyak perhiasan dan deco yang telah mula dipasang.
Sudah maklum, di negara ini kita hidup secara multiracial dan multireligious. Apa yang paling penting adalah semangat kesepaduan dan bertolak ansur antara satu sama lain. Banyak perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ni kan ?
Kali ini, ada dimuat naik video remaja-remaja perempuan yang membuat persembahan tarian Singa. Haa, korang mesti tahu kan tarian tersebut, sangat popular.
Lihat video di bawah :
@cikgurishi 1malaysia#malaysia #melayutiktok #chinatiktok #indiantiktok #malaysiatiktok #chinese #cny #drangon #cikgurishi #rishitonewow
♬ original sound – CikguRishi – Cikgurishi TONEWOW Executive
Mesti korang semua terpegun kan tengok rupa-rupanya yang ada dalam maskot tersebut adalah seorang remaja yang berbangsa Melayu. Sedangkan tarian tersebut adalah khusus tarian kaum Cina.
Baca juga :“Biasa Orang Nyanyi Je, Ni Siap Menari..” – Majlis Perkahwinan Lain Daripada Lain, Seluruh Keluarga Rancak Menari
Baca juga :“Bvkan Kaleng2..Gemp4k Lah” (Video) Tarian Bollyw0od Uqasha Dan Kamal Adli Cvri Tumpuan
Warganet semuanya menzahirkan rasa terharu dan teruja dek kerana wujudnya rasa kesepaduan antara kaum yang telah ditunjkukkan oleh remaja tersebut. Terharu sangat.
Lihat juga apa kata warganet :
@Che syukri:bila kita saling hormat antara satu sama lain kita kita aman dan damai..tahniah dik..Malaysia proud
@chintahati:kenapa saya rasa nak nangis ek? sbb bangga sgt dgn anak2 ini…sgt bangga acik nak…
@vasantiperumal:Ini yg dikatakan perpaduan, tabik pada ibubapa anak2 ini
@user985294:Tak prnh saya tngk smpi habis tarian singa, tapi yg ni teruja plak…
@mohammad isa abdulla:soo cute
Justeru, persembahan tersebut telah mendapat banyak reaksi positif dari warganet. Inilah yang dikatakan sebagai perpaduan. Bangga menjadi warga Malaysia.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.