Menerusi halaman tiktok, tular satu video tentang seorang wanita yang lahir tanpa vagina dan rahim atau dari segi saintifiknya dikenali sebagai MRKH Syndrome. Agenesis Müllerian, juga dikenali sebagai sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) atau agenesis faraj, ialah kecacatan kongenital yang dicirikan oleh kegagalan saluran Müllerian untuk berkembang, mengakibatkan rahim yang hilang dan tahap yang berbeza dari hipoplasia vagina di bahagian atasnya. Wanita yang mengalami sindrom MRKH ini biasanya tidak mengalami menstruasi karena tidak punya rahim.
Menerusi klip video tersebut, Wany Ardy berkongsi yang dia didiagnos oleh doktor bahawa dia mengalami MRKH syndrome. Dia tidak mempunyai faraj mahupun uterus. Ujarnya, dia mengalami depresi kesan daripada penyakit tersebut. Dia telah mendapat bantuan profesional dan kini dia sendiri telah bangkit dan menubuhkan Kumpulan Sokongan MRKH Malaysia untuk wanita yang senasib dengannya.
Dia telah banyak menyampaikan kesedaran dan ilmu kepada umum melalui pelbagai platform. Antaranya, dia telah tampil ke televisyen dalam rancangan Malaysia Hari Ini dan banyak lagi. Dia juga pernah mewakili Malaysia dan membuat pembentangan di Global MRKH Day Conference di Australia.
Sekarang, dia dalam usaha untuk membuat projek pemindahan rahim pertama di Malaysia. InsyaAllah, suatu hari nanti akan terhasil.
Ujarnya, segala usaha ini untuk ‘adik-adik’ generasi MRKH wanita yang seterusnya agar mereka tidak merasa kehilangan dan dipinggirkan.
Sekadar info, saudari Wany Ardy juga merupakan penasihat kepada penulis skrip drama Rahimah Tanpa Rahim lakonan Puteri Aisyah. Drama tersebut mendapat sambutan hangat malah berjaya membuka mata masyarakat tentang penyakit MRKH.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Lagi Video
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Nurara Empire:Sy dilahirkan sempurna tp 24/11 ni sy akan dibuang rahim semua atas faktor kesihatan.. doakan sy juga kuat
@honeylicious88:ada rahim pun xmmpu melahirkan ramai zuriat dik. dh redha..dan kdg mlut org…mmbuat hati sedih…dan nobody understand…nobody know the pain
@Ainie Ninie:Karpet merah yg membentang jalanmu ke syurga sis…insya Allah.. tiada ujian melainkan Allah swt nk bg kebaikan melaluinya..🥰
@ZaYyyeedD:I don’t why but i love to see the eager and spirit of fighting like this. I wish nothing but the best for all this warriors. U got my doa.
@Rarai – QueenOfNoNiche:U r an inspiration… Kne buat 1 movie utk spread this awareness.. Based on true story.. Inspirational movie
@Dialysis Buddy:Ada rahim tapi kondisi saya x digalakkan utk pregnant, part of my die
@Sabella Baju Tanpa Gosok:Know that what you did will benefits others in the future inshaAllah🥰
@Ezam:strong semua kakak2, Allah sebaik-baik perancang, yakin ada hikmahNya berkat kesabaran hambanya, strong kay
@MsLillJacobs:allahu.smga syurga buat awk.Bkn smua org Allah uji wanita xde rahim.Smga sis tabah dgn ujian ini
Moga semua wanita yang menghidapi penyakit ini terus kuat menghadapi liku-liku kehidupan. Mungkin segala perkara yang terjadi ada hikmah untuknya. InsyaAllah..
Sumber Tiktok dan Instagram