Menerusi halaman tiktok, tular satu video sesi temuramah Puteri Sarah dalam Bual Bicara Mencari Bahagia. Temuramah itu dibuat bersama Prof Dato Dr Noordin Darus yang merupakan dr dalam Wellness Medicine.
Temubual itu membincangkan isu yang masih hangat sekarang, iaitu isu poligami. Dalam temubual tersebut, Puteri Sarah meluahkan apa yang dihadapinya selama 4 tahun.
Puteri Sarah memberi nasihat bahawa, jika ingin membuat apa-apa, jangan mengikut apa yang orang lain bagitahu. Hal ini kerana, kita yang akan hadap benda tu, bukan orang lain.
“Kita yang kena, kita yang rasa..” – Puteri Sarah
Dia jugak berkata, bukan mudah untuk bertindak dan membuat keputusan. Sebab itu dia mengambil masa 4 tahun untuk berfikir semua kemungkinan yang akan berlaku.
Tambahnya lagi, saat dia mengambil keputusan untuk menghebohkan perkara ini, dia sudah redha dan nekad.
Puteri Sarah juga berkongsi di mana dia berkata kita tidak akan kenal seseorang itu selagi tidak tinggal sebumbung. Jadi jangan terlalu yakin sangat dengan pasangan.
Dr Noordin juga ada memberi beberapa faktor suami berlaku curang. Antaranya, perkara yang paling ketara ialah seks. Menurutnya, nafsu seks merupakan fitrah lelaki dan ianya tidak dapat disangkal lagi. Ujarnya, kecantikan wanita akan berubah selepas beranak dan itu salah satu faktor suami untuk mencari yang baharu. Hal ini mungkin disebabkan si suami yang kurang ‘iman’
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@NoRadziRa:Ya betoi sarah.. Saya dh kna..saya sabar dan sabar..last betina tu yg dicerai..alhamdulillah kmi kembali bahgia
@🌹 roses:aku makin cantik lepas divorce
@mazlina:sy rasa btl apa yg Sarh ckp, laki dia mmg dh lama kawin, sbb tu yg sane tu sibuk cca dan kacau famili sarah utk dptkan hak dia tu,biar famili dia tahu
@Lynnz Azmi_83:Sarah dah btl2 surrender for her marriage, 4thn dia brfikir secara matang
@NAIRA:matang ps mèmberi hujah for herself protection…
@Rahayumohdroni94:Alhamdullilah puteri sarah nie kuat orang nya. bijak sangat2. semoga di permudahkan ya. Semoga awak sentiasa dalam jagaan allah s.wt aminnn
@Saeros65:harap p sarah dapat buat novel dari pengalaman pahit yang dirasai selama 4 tahun.
@zeezett:dia da ajar sarah 4thun da…so dia da bg awk kuat..awk mmg kuat harimau
Semoga Puteri Sarah tabah dengan ujian ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin semua ini ada hikmahnya. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber Tiktok dan Instagram