Home Hiburan Shuk Sahar Dan Sera Tunai Umrah Terakhir Bersama Sebelum Terima Keputusan Mahkamah

Shuk Sahar Dan Sera Tunai Umrah Terakhir Bersama Sebelum Terima Keputusan Mahkamah

200
0

Menerusi laman instagram, Syuk Sahar berkongsi satu klip video menunjukkan yang dia akan menunaikan umrah buat kali kedua. Namun apa yang mengejutkan peminat adalah dia pergi bersama isterinya, Sera. Hal ini kerana rumah tangga mereka yang dikhabarkan sudah semakin retak dan sudah dalam proses penceraian.

Shuk meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang kedua ke Tanah Suci. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya status hubungan mereka sama ada masih suami isteri ataupun sekadar sahabat.

Memetik laporan dari Astro Gempak, Sera memaklumkan yang keberangkatan mereka untuk mengerjakan umrah adalah atas ajakan Shuk sendiri.

Mereka masih menanti keputusan mahkamah dan ia akan diberitahu seusai mereka pulang dari melakukan ibadah sunat ini, Ujar Serra.

“Untuk umrah ni, ada la Shuk yang mengajak… sebagai titik permulaan atau pengakhiran untuk keputusan mahkamah yang akan diketahui bila kami balik umrah.

“Kiranya satu titik permulaan hidup baru untuk diri masing-masing,” kata Sera.

Tambahnya lagi, apa juga keputusan mahkamah nanti, dia dan Shuk hanya ingin menjadi seseorang yang lebih baik dan bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.

“Apa jua keputusan mahkamah sama ada positif atau negatif, pada saya apa yang sudah, sudah la. Saya mahu fokus kepada anak-anak dan manakala Shuk pula fokus pada perniagaannya.

“Saya dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik dalam urusan anak-anak dari segi tanggungjawab. Macam saya sebagai ibu, dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, Sera telahpun menfailkan penceraian ke mahkamah syariah selepas beberapa kali mengetahui Shuk berlaku curang terhadapnya. Mereka yang bernikah pada tahun 2015 telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, u Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.

Moga dipermudahkan urusan Syuk dan Serra menunaikan umrah. InsyaAllah, apa jua keputusan mahkamah nanti harapnya menjadi keputusan yang terbaik buat mereka. Warganet sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu berdua. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Instagram

Previous articleMoga Kedua-dua Isteriku Tenang Dan Banyak Bersabar – Syamsul Yusof
Next article“Malu nya..” – Akhirnya Puteri Sarah Tampil Luah Sesuatu Mengenai Anak-anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here