Semalam, penyanyi dan pelakon Fatin Nur Afeefa Binti Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Fatin Afeefa telah melangsungkan perkahwinan dengan jutawan terkenal, Aliff Awang. Tiada angin tiada ribut, perkahwinan mereka yang berlangsung tanpa khabar berita sudah tentu menjadi bualan peminat. Ramai peminat yang terkejut dengan berita gembira tersebut. Rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke jannah.
Sebagai info, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7. Dalam pada itu, daripada perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Adam, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Perkahwinan Fatin Afeefa
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@user8044871258658:Alhamdulillah
Tahniah fateen afifah
@MR EFFENDY:Blum pnah artis kawen dgn nelayan,
@ya saya:kad kahwin be like: majlis perkahwinan Fatin dan Jutawan
@__ghimau:headline tu nak bg org sana meroyan lg hahaha
@cheapjohn:ni yg tulis article ni mesti dah kering idean nak bagi headline gempak..letak jutawan la senang..ahaha
@Fahmi:Kesian mawi, penat dia kayuh basikal kejar
@Z:Member 3 kali dah kahwin.. aku bila entah
@Nur Farhana:xpyah lah kita nak kondem itu ini..baik kita doa kn perkhwinan fateen kali ini kekal hingga ke jannah..cantik fateen
@lyn:Fatin Afeefa dah kahwin lagi! Aku je yg tak kawin kawin
Tahniah diucapkan kepada Fatin Afeefa dan pasangan. Min doakan moga perkahwinan korang berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber Tiktok dan Instagram