Home Hiburan “Dia Sanggup Lupakan Sakit Untuk Hiburkan Peminat..” – Jep Kongsi Yang Ebby...

“Dia Sanggup Lupakan Sakit Untuk Hiburkan Peminat..” – Jep Kongsi Yang Ebby Yus Terus Bekerja Selepas Keluar Hospital

514
0

Menerusi halaman tiktok tular satu video Jep yang ditemurah tentang persembahan mereka dalam sketsa Sepahtu Reunion. Menerusi klip video tersebut, Jep bercerita tentang Ebby Yus yang masih sanggup hadir ke Sepahtu Reunion walaupun dirinya sakit dan baru sahaja keluar daripada hospital. Tambahan lagi, Jep berkata yang tangan Ebby Yus masih lagi berbekas drip dan bergerak menggunakan wheelchair kerana dirinya masih belum sihat sepenuhnya. Menerusi video tersebut, Jep berkata yang kehadiran Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion memberikan kesan yang besar dan amat istimewa.

Menyingkap kepada ruangan komen, netizen bercerita tentang pertolongan Jep semasa Ebby Yus dalam kesusahan. Ebby Yus sendiri pernah berkata, Jep lah orang pertama yang hadir memberikan bantuan kepadanya ketika kesusahan. Persahabatan mereka sudah lama iaitu sejak Karoot Komedia X hingga lah sekarang, Sepahtu Reunion.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Tomyam Ayam 火:dengar kisah rumah hancur sbb banjir tahun lepas penat kumpul duit berpuluh tahun tapi still senyum,😌 org yg sgt hebat

@جفر فاي:abyus pena ckp.. masa dia susah.. jep slalu ada utk dia.. tp dia xnk org tahu.. jep kawan terbaik.. susah senang..

@sazuanramli656:Seorang leader yg mmg bekerja keras juga menghargai pelakon veteran yg tgh sakit & susah ebby yus juga menjaga batas dlm islam itulah jep

@Mohd Hanafi:satu benda yg aku suka jep x pernah lupa kawan2 dia yg susah . sbb bg dia x semua mempunyai rezeki dan nasib yg sama . terbaik sepahtu 🦾

@skizoziff:dari JKK lagi jep tahu mcm mana nk layan puncline pakdin

@Botuckkkk:dah syak jep mmg nak tlog abg ebby yus

@Muhammad:1 ward dgn beliau minggu lepas Di HKL, sempat bertegur sapa, masa sy discharge, beliau tiada Di katil, Semoga kesihatan beliau kembali pulih

@🌺𝓒𝓲𝓴 𝓜𝓲𝓡𝓪 🌺:ingt lg Ebby yus prnh bg Taw time dia sakit duit simpanan smua hbis job xda Jep yg tlng Dy ..Smpai Dy mampu bkja blik ..ssh nk cr sahabat mcm ni

@Ferdus Ahmad:saya cuma tringatkan gandingan ebby dgn arwah pak yus jambu alfatihah utk arwah

@Wan Nur Farhana Rose:Tgk ebby yus kuat sebenar org nya. Semoga Allah berikan dia kesihatan yg baik

@Uda ssatay:abg ebby yus mmg best bla gbung dgn jep dn arwah pakyus. 🙌🏻. ebby yus legend punchline mmg pdu dri karoot komedia. tpi syg ad jga haters yg tk suke.

@malia saat:jep mmg syg ebby yus dr zaman pak yus jatuh sakit. semoga ikatan persahabatan jep dgn ebby yus ni sampai jannah

@Jaha Speed:Eby sndri pernah akui jep la org pling bnyak bntu die

Bagus Jep ni, ini lah erti persahabatan yang sebenar. Sentiasa ada untuk sahabat ketika susah dan senang. Min doakan yang terbaik untuk Ebby Yus, moga kembali sihat dan terus bergiat aktif dalam dunia seni bagi menghiburkan peminat. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Lama Tak Dengar Leez Nyanyi, Masih Berbisa..” – Aepul Roza dan Isteri, Leez Rosli ‘Cover’ Lagu Gemuruh
Next article“Menusuk Jiwa, Meremang Dengar..” – Nyanyian Nasyid Di Festival Fitrah Murid Orang Asli Tarik Perhatian Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here