Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada 11 September 2022. Acara ini dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin.
Menerusi anugerah tersebut, ramai penyanyi terkenal yang menyampaikan persembahan nyanyian. Antara penyanyi yang berjaya memikat hati peminat ialah nyanyian duet Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Mereka menyanyikan lagu Jerat Percintaan, Gelisah Mimpi dan Cindai. Semua sedia maklum dengan kehebatan vokal dua penyanyi ini. Sejak dulu, mereka sering dibandingkan akan kehebatan vokal masing-masing. Namun kali ini, mereka berganding bahu sama-sama menyanyi duet lagu mereka. Keserasian mereka berjaya memukau netizen dan ramai yang memuji kehebatan vokal mereka.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@_xssyxkxfxndxx:Suara siti sekarang auto bergema tayah susah susah guna echo dah mantoppp
@LiNa RaiNBow:Liza hanim suara dia tinggi, gelisah mimpi tu part chorus leh tinggi lg jiKa liza hanim yg bawa.
@user2764415410844:terus nampak hidup majlis lepas diorang nyanyi.
@Ell Rafiqi Rashid:Power habis masa siti tarik chorus lagu gelisah mimpi
@akim:dato ct punya resonance mmg tk de sapa dlm Malaysia ni boleh challenge..padu
@Mohd Firdaus 2796:Gelisah Mimpi. Lagu ni sgt kenangan. Disebabkan liza hanim color rambut warna merah lah aku terjebak. 1st time beli color rambut dan color sendiri.
@꧁𝓞𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓟𝓪𝓱𝓪𝓷𝓰꧂:gila tak meremang weh! dah la both tu antara vokali terbaik Malaysia, sama2 artis SRC, selalu dibanding2kan now duet pulak berdua. Perghh.
@user597003:suare Ct Gifted betol..sdap sgt..X brubah maintain je
Suara diorang dua ni memang terbaik. Maintain je dari dulu. Min memang betul dengan diorang. Min harap suatu hari nanti diorang dapat keluarkan lagu duet. Mesti meletup punya. Apa-apa pun, jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber Tiktok dan Instagram