Penyanyi nombor satu Malaysia, tidak lain tidak bukan tokti atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza. Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan suatu nama yang sangat besar di Malaysia dan disegani semua penggiat seni tanah air. Beliau mulai terkenal sejak berusia belasan tahun lagi. Dia juga telah memenangi anugerah juara lagu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996,1998 dan 2000. Sepanjang kerjayanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa.
Menerusi halaman tiktok, seorang peminat membuat kongsian satu video menunjukkan Tokti memberi kongsian tentang pengalamannya bersedekah dalam program Bangkit Bisnes bersama Tokti. Dalam Video tersebut, dia berkata yang seminggu sebelum ini, ada seorang yang dalam kesusahan di mana dia memerlukan duit untuk mengisi minyak kerana dia tiada dompet. Alhamdulillah berkat bersedekah, keesokan harinya Tokti dikurniakan rezeki berlipat kali ganda iaitu sebanyak Rm100k.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Afi:Betol.. Sape yg alami keadaan mcm Ct akan tahu lah…x hari ni esok lusa…
@Love Myself:btul , klu org dtg mtk , bg jela even dye tipu ke btul xyh pkir , pkir niat kte sedekah , klu i lbih byk dlu sedekah kt fmily sndri , byk yg dpt blik
@RF Diana:Allahuakbar..pengalaman sendiri pun lbh krg mcm ni.. sy bg sedara 200 di kala sy sendiri tgh sempit, tp esoknya Allah bg sy 4k.. alhamdulillah…
@norsiahhusah:masyallah, ajaibnya sedekah kn. org minta tolng jgn kita persiakn.
@Nazrizz Nasir | PakarTakaful:Sedekah bila susah tak Sama dengan sedekah bila Sudah senang
@Collinriezs:tp aku pun selalu sedekah….. lum masa kot… niaga pun 2 minggu rugi teruks.. smpai tahap nangis modal x balik
@ctaidawd:btul byk kali berlaku pd sy ..bila bg tanpa fikir apa2 ..esok pasti Allah bls berganda2 MasyaAllah hebatnya sedekah
@Rohaida Ayu:pernah bg rm20 dkt org yg nk isi myk..kata nya ank nya sakit nk ke hospital ms tu hujan..esk nya suami dpt bonus rm5k
@hhw285:Betul.. Pengalaman sendiri arwah bapa saya bantu orang RM100 esoknya arwah bapa saya dapat RM1k..
Itulah keajaiban bersedekah, bukan seorang tapi ramai yang merasai perkara yang sama. Jadi, sekiranya kita mempunya rezeki lebih bolehlah kita bersedekah kepada orang yang memerlukan.. Komen yang baik-baik yaa..
Sumber Tiktok dan Instagram