Menerusi halaman tiktok Ina Zalina, dia membuat kongsian video memasuki rumahnya dan memanggil anak lelakinya. Dia memanggil “adik, adik..” Video tersebut mendapat sebanyak 2 juta tontonan dan 200 ribu sukaan. Di ruangan komen, dia berkongsi yang satu-satunya anak yang ditunggu setelah 6 tahun telah pergi buat selamanya setelah hampir 18 tahun hidup bersama.
Arwah anaknya, Nurshafiq Hakim Raif,18 meninggal dunia pada 16/6/22 setelah motorsikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di Batu Pahat, Johor. Dia juga berkelakuan pelik sehari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan berkata dia tidak mahu mengambil slip keputusan dan tak mahu berjumpa guru serta rakan sekolahnya. Ina Zalina juga berkongsi di ruang komen yang dia selalu memberitahu arwah, “perkara yang paling mama takut adalah kehilangan satu-satunya darah daging mama..Allahuakbar rupanya perkara itu benar benar terjadi”
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen:
@niksahnick:bila sy tgk video ni..sy pun turut simpati dgn akk..org hanya mampu ckp sabar..tp kita yg tanggung..insyaallah semuga akk terus kuat..
@Sarjan Man:Hati aku keras.Komando.tapi bila dia buka pintu anak dia..aku Menangis..Al Fatihah
@syafikwafy:Takpe Kak. panggil la dia , menangisla puas puas. Kalau itu serba sedikit dpt kurangkn derita rindu tu. jgn pendam tau. inshaAllah masa akn ubati…
@𝘼𝙛𝙞𝙦𝙆𝙝𝙖𝙣 :Video atas si ayah balik kerja pnggil si kakak yg dah takde.. video bawah si ibu pnggil si adik yg dah xde
@Hafidz Al-Hadi:Mana tak sedih setelah ak stalk, 6 tahun tggu cahaya mata. Dpt ank tunggal, umur 17 dh pergi selamanya. Hari lahir plak beberapa hari lg.Cadangan sy..
@ellysherlyellyshe:sy pernah gila mcm ni ketika ank sy meninggal dunia 2014..sy sampai berdoa agar Allah ambik semua ingatan sy pd arwah
@dekye hanz:Kmlgn dpn mata sy yg sy xkn lupa..betul2 dpn mata sy masa berlaku kmlgn anak awak ni..takziah dan alfatihah utk arwah
@Sick Obito.:kasih seorang ibu , tapi percayalah cik . bukan sahaja kami , arwah pun tak mahu makcik begini . semuanya yang terjadi adalah aturan dari tuhan .
@Megikari:Hanya org yg pernah merasai kehilangan sgt lelah dengan kerinduan…xkn pnh ilang rase ini…
Min doakan semoga puan dapat terus kuat dan tabah menghadapi ujian ni. Insyaallah, suatu hari nanti akan berjumpa kembali di negeri abadi. Komen yang baik-baik yaa..
Sumber tiktok dan instagram