Home Hiburan “Tangan Dia Masa Start Tu Bukan Main Macam Profesional Pianist..” – Aafiyah...

“Tangan Dia Masa Start Tu Bukan Main Macam Profesional Pianist..” – Aafiyah Sertai Konsert Piano Pertama

350
0

Penyanyi nombor satu Negara, tidak lain tidak bukan tokti atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza. Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan suatu nama yang sangat besar di Malaysia dan disegani semua penggiat seni tanah air. Beliau mulai terkenal sejak berusia belasan tahun lagi. Dia juga telah memenangi anugerah juara lagu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996,1998 dan 2000. Sepanjang kerjayanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa.

Menerusi halaman Instagram Dato’ Siti, beliau membuat kongsian video menunjukkan anaknya, Aafiyah yang baru berusia 4 tahun main piano. Aafiyah yang bersama jurulatih muziknya memainkan lagu yang berjudul Twinkle Twinkle Little Star. Menerusi ruangan komen, tokti juga berkongsi yang Aafiyah merupakan pelajar termuda yang membuat persembahan iaitu berusia 4 tahun. Beliau juga mengatakan yang dia risau Aafiyah panik kerana masih terlalu kecil. Beliau juga mengatakan dia berasa begitu sebak dapat melihat anaknya membuat persembahan. Tambahannya lagi, beliau berkata suaminya Dato’K memuji Aafiyah yang mempunyai gaya kerana jarinya yang begitu lentik.

Lihat Video Penuh Di Bawah:

Jom Tengok Apa Kata Netizen:
@Ain Nur🦋:Sifat pemalu dia tu saling tak tumpah mcm ibu dia..

@Fir7er z:tgn dia start tu bukan main mcm professional..

@Ainun_ja69:comeyyy jer..dgr suara ibu dia..exicted dato siti tgok Afiyah…..semoga Afiyah terus cemerlang…

@@NOORAKMA:Alhamdulillah..semoga membesar dgn sihat.. Amin ya Rabbal Alamin

@SyahiraAzmi:Cantik dan sopan Aafiyah, persis ibunya

@haniey:sentiasa tersenyum macam ibunya…

@harlinapakhamid:moga menjdi ank Solehah aafiyah comel

@Nita Sweet:cantik nya affiyah jari tu lembut je

Terbaiklah Aafiyah. Sekejap je masa berlalu, dah besar dah pun puteri kesayangan penyanyi nombor satu negara kita. Min doakan yang terbaik untuk Aafiyah. Semoga membesar dengan baik dan sihat. Mana tahu dah besar nanti dapat buat konsert dengan ibu kan? Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Jgn Ajar Aku..”- Klip Rosmah Mansor Bengang Di Mahkamah Jd Perhatian Netizen
Next article“Nk Jd Penyanyi Ni Ingat Mudah Ke..”- Buat Mcm Pentas AJL, Black Komen Nyanyian Peminat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here