Menerusi satu temu bual bersama penyanyi tersohor tanah air iaitu Dato Siti Nurhaliza dipanggil untuk menjawab beberapa soalan dalam temu bual tersebut. Siapa sangka artis yang terlihat sopan ayu dan anggun ini mempunyai peristiwa pahit manis dalam kehidupan beliau sebelum bergelar sebagai artis. Kenangan yang diceritakan oleh beliau itu menjadi tarikan ramai apabila belia mengaku beliau pernah memukul seorang lelaki akibat diejek dengan panggilan yang negatif.
Dalam klip tersebut, Tokti kelihatan teragak agak untuk bercerita namun beliau masih bercerits mengimbau kenangan lama apabila beliau pernah mengejar seorang pelajar yang dipercayai muda setahun dari beliau ketika di waktu sekolah akibat lelaki tersebut terlalu gemar memanggil setiap perempuan yang ditemu dengan panggilan bohsia termasuk dengan Tokti sendiri. Akibat terlalu bengang dipanggil sebegitu, Tokti mendebik pelajar tersebut dan hal ini menjadi kenangan buat beliau sehingga hari ini.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Ruszaini Ruslan:Mesti benda tu jadi kenangan terindah bagi budak tu, smpai ke anak cucu dia akan citer “ayah dulu pernah ken debik dgn penyanyi no 1 negara”
@Azroyyy:Hahahhah bdk laki tu bukan dendam tapi bangga kene pukol gn Siti Nurhaliza
@flower:seronoknya fafau bila dgr tokti debik junior tu..
@Ierin Inarz:puas hati dengar bila tokti kata dpt tangkap Dan debuk..hahaha
@LilyLemon:siapa budak tu.. mesti umur dia skrg 42/41/40 sbb tokti form 3 masa tu.. siapa eahh….hadir laaa… hhahhhahaaaa… memory indah tu…
@Adilla:ak dpt glarn tu jgk sbb laki tu nk kapel dgn aku tapi ak mmg tak kapel nun bdk sekola masa tu
@Abam Fifiey:tak pelik klu Tokti kejar smpai dpt sbb Tokti mase skolah mmg aktif sukan..mmg silap laa cari pasal ngn Tokti..
@RIHAYSEIHKA:Gila tak ingat. Mesti budak tu bangga sebab pernah jadi mangsa debik dan pernah dikejar TokTi. Kau org ada?
@H U S N A:kalau aku kena tumbuk dengan tokti pun aku rela, lepastu tangkap gambar buat frame, sekali seumur hidup tu
@M.syafiq al-baití :dato siti nurhaliza lahir thn 1979 skrg umur 43 thn,masa dato siti tingkatan 3 budak tu mesti tingkatan 2.lelaki tu skrg umur 42 thn.tlg hadirkan diri
Berikutan itu, Tokti menyatakan dalam temu bual itu bahawa beliau pasti pelajar tersebut tidak lupa akan kejadian tersebut sama seperti beliau. Apa apa pun Tokti sememangnya terbaik dan semoga beliau sentiasa sukses dalam kerjaya beliau serta dapat menjadi seorang ibu dan isteri yang baik buat keluarga tercinta.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram