Home Viral “Klau Adi Putra Tolak Wtak Mat Kilau, Siapa Kau Pilih…” -Disoal Pilihan...

“Klau Adi Putra Tolak Wtak Mat Kilau, Siapa Kau Pilih…” -Disoal Pilihan Kedua Pelakon Watak Mat Kilau, Skali Ini Respon Syamsul

312
0

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Dali. Dibintangi oleh Dato’ Adi Putra sebagai pelakon utama, filem ini diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia, Mat Kilau berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan. Filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari sebagai pelakon pembantu. Idea untuk filem ini mula diutarakan pada 2017 dengan penggambaran dijalankan pada 2018 dan dimuktamadkan pada 2021. Filem ini telah ditayangkan pada 23 Jun 2022.

Syamsul Yusof merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit dan penyanyi Malaysia. Beliau dilahirkan pada 21 Mei tahun 1984, berasal dari Kuala Lumpur. Terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anuegrah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun. Baru-baru ini tular satu filem oleh beliau berjudul Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, dalam videok klip ini menunjukkan di mana beliau disoal jika Dato’ Adi Putra menolak tawaran yang diberi olehnya, siapa selebriti yang beliau pilih. Sekali respon Syamsul Yusof buat ramai yang setuju dengan pilihan pelakon tersebut.

Lihat klip durasi pendek respon Syamsul Yusof:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Fr0gGy_0:Pilihan dia memang tiptop gila kalau tak adi putra, remy ishak memang dua dua kena

@Hairul Anuar9268:soul adi putra sgat sesuai dgn watak mat kilau, sgat menjiwai mat

@Yaksha:remy ka sapa ka ..aku tetap rasa adi putra watak paling sesuai untuk watak mat kilau .

@ftnalyssa1705:dua2 pelakon ok… Adi putra yg paling tepat Dan kena watak mat kilau

@sitiobvius:aduh melepas bang remy. kalau x dpt payment tinggi dah. xde rezeki bang remy

@upinlapartapiskrgdahkenyang:remy mmg ngam tapi adi putra lebih menjiwai … satu lagi nmpk cool gitu

@penot1993:tapi kalau ikutkan remy ishak lagi sesuai kut bawa watak mat kilau tu , sebab dato adi putra tu dah memang sebati dengan jai

@semuanyapinjamanAllah:tp aura ady putra tu kuat utk jdi mat kilau..mmg mantap lakonannya..mimik muka gerak langkah dia…penuh penghayatan…

@Santai Channel:okay ja memana jnji smpai tpi watak beto tu pergh berlinang gak air mata mat

@Rosemawar:Dlm dunia x de kebetulan walau dr segi pemilihan pelakon..Allah tau utk semua

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan pilihan Syamsul Yusof tepat memilih Dato’ Adi Putra memegang watak Mat Kilau. Ada juga yang mengatakan respon Syamsul untuk memilih pelakon kedua jika Adi Putra menolak tawaran itu, disetuju oleh orang ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 923.3K penonton, 70.6K sukaan dan 879 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Previous article“Mcm Mana Dia Bleh Terima Nk Berlakon Crita Ni…” -Lakonan Adi Putra Pegang Watak Lembut Dlm Filem ‘Amir & Loqman Pergi Ke Laut’
Next article“Dosa Sndiri Pun Tak Tertnggung…” -Dikecam Jual Inai Tak Sah Solat, Sekali Ini Respon Neelofa
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here