Home Viral “Aliff Tk Lepas Lagu Rock, Pass Mic Pd Haqiem..” – Nyanyian Lagu...

“Aliff Tk Lepas Lagu Rock, Pass Mic Pd Haqiem..” – Nyanyian Lagu Tiara Raih Perhatian Rmai

280
0

Alif Aziz merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 16 Februari tahun 1991, berasal dari Singapura. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, Alif telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakanya terselah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single ‘Cinta Arjuna’ yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Alif Aziz juga adalah salah satu peserta Gegar Vaganza musim kelapan, dan telah menjadi juara di pusingan akhir.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Alif Aziz menyanyikan lagu berjudul Tiara, oleh penyanyi kumpulan aslinya iaitu Kris bergandingan bersama Haqiem Rusli. Namun reaksi Alif yang seperti tidak mencapai suara tinggi, beliau memberi mikrofon itu kepada Haqiem Rusli dan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat klip durasi pendek reaksi Alif Aziz:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Haqiem Rusli, nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik. Beliau dilahirkan pada 16 Jun tahun 1998, berasal dari Selangor. Beliau merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon lelaki Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama. Pada tahun 2016, beliau melancarkan album studio pertamanya berjudul ‘Segalanya’.

Netizen turut memberi komen tentang nyanyian mereka, mengatakan genre yang dibawa oleh mereka berdua tidak memuaskan. Namun reaksi Alif Aziz juga seperti tidak mampu untuk menggunakan nada suara yang tinggi menyanyikan lagu ini.

Lihat komen-komen netizen dibawah:

Screenshot 2022 07 12 171204

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Previous article“Nak Jdi Muda, Anak Dia Bgi Nmpk Tua Kan…” -Pakaian Dan ‘Makeup’ Anak Che Ta Dikecam, Sekali Ini Respon Beliau
Next article“Dia Pnya ‘Letak Sedikit’ Mcm ‘Vibes’ Nk Memasak…” -Haqiem Rusli Cover Lagu Cinta Atau Benci, Raih Perhatian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here