Menerusi satu klip dari sebuah rancangan televisyen yang digemari ramai iaitu ‘ICSYV’ mendapat perhatian ramai apabila dapat dilihat pertelingkahan mulut antara Rosyam Nor dan Mas Idayu. Gelagat mereka sedikt sebanyak menghiburrkan penonton apabila jarang dilihat Mas Idayu diusik sebegitu oleh para artis yang lain ,namun tindakan Rosyam Nor yang berani menyakat rakan artisnya itu membuatkan para netizen terkejut.
Keratan klip tersebut dapat dilihat hubungan persahabatan yang terjalin antara Mas Idayu dan Rosyam Nor begitu baik sekali apabila usikan dari pelakon lelaki berhasil membuatkan Mas Idayu yang dikatakan begitu garang tersenyum apabila disakat sebegitu. Dalam usikan yang dibuat, Rosyam Nor menyatakan bahawa beliau sudah mengenali Mas Idayu dari zaman beliau masih anak dara lagi dan mereka pernah berlakon bersama. Dulu, ketika mereka berlakon, mereka perlu melakukan aksi berpeluk dan Rosyam Nor mendedahkan sifat Mas Idayu yang dulu begitu manja sehinggakan aksi berpelukan tersebut menjadi bahan jenaka beliau pada hari ini.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai reaksi diberikan berkenaan persahabatan mereka. Ramai juga menyatakan sifat Mas Idayu pada ketika ini banyak berubah sejak beliau berhijrah untuk terus menutup aurat. Beliau menjadi wanita yang berlembut dan tidak berkasar seperti dulu. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik buat Mas Idayu dan Rosyam Nor dan semoga hubungan persahabatan mereka tetap terjalin sehingga ke akhirnya.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram