Home Hiburan “Sy Tanak Komen..”- Noraniza Idris Anjur Konsert Terakhir, Jemput Siti Nurhaliza Tanda...

“Sy Tanak Komen..”- Noraniza Idris Anjur Konsert Terakhir, Jemput Siti Nurhaliza Tanda Dah ‘Berdamai’

375
0

Menerusi satu perkongsian dari netizen hasil temu bual dari dua artis wanita yang memberi impak yang besar dalam industri nyanyian iaitu Noraniza Idris dan Dato Siti Nurhaliza dikatakan sudah berdamai setelah sekian lama bertelingkah.Mengikut sumber mereka dikatakan selalu berperang dingin selama lebih 20 tahun dan kini isu mereka dibangkitkan kembali apabila desas desus menyatakan bahawa Noraniza Idris menjemput Siti Nurhaliza sebagai tetamu VIP di konsert terakhir beliau.

Melalui temu bual dari wartawan, Noraniza Idris atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ani menyatakan bahawa pertelingkahan antara beliau dan Siti Nurhaliza sudah makan dek usia dan tidak seharusnya disebut lagi kini. Beliau menjelaskan lagi jika beliau bertemu Tokti di beberapa rancangan, beliau sudah pasti bertegur kerana masing masing kini sudah menjalani kehidupan yang berbeza dan tujuan yang berbeza dan tidak seharusnya isu lama dibangkit kembali. Keinginan para peminat yang inginkan mereka beraksi bersama dikatakan dalam temu bual tersebut. Beliau menyatakan jika ada rezeki untuk berbuat demikian, siapa beliau untuk menolak permintaan para peminat.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen dan reaksi diberikan seperti :

@Fird rushdi:dulu bising psal ni.ingt blik zmn kcil2 dlu

@masitahalias:diowg dingin mmg dah sangat lama dulu maybe jalan terbaik ko buat hal ko aku buat hal aku. itu sbb dua2 feedback pun mcm acuh tak acuh

@ohqalfique:betul lah tu cara tokti.. dlm Islam juga mengajar..jika tiada cerita yg baik untuk di bicarakan lebih baik diam..

@farEEZ:bila tiket die lancarkan. nak beli tiket show kak ani

@liyanaizzati:kalau dorg colab blk dlm satu konsert msti meletop..msti ramai org nk tgk..

@Nurul Wani:bila konsert nya ye?..tringin nk tgok tiba2 duit hati kama..huhu

@iamfirdauskhalid:care dua2 jwb mmg sblm ni dingin. bukan gosip2 kosong.

@firdyxiaos:Kedua2 nya seperti “no komen” past is past..

Apabila soalan itu ditanyakan pada Tokti, Tokti kelihatan terkejut dengan persoalan tersebut namun beliau hanya membalas untuk tidak memberi sebarang ulasan mengenai isu beliau dengan Noraniza Idris. Beliau hanya mendoakan yang terbaik utnuk rakan artis beliau itu dan beliau berharap agar isu lama yang berlaku antara beliau dan Kak Ani tidak akan mengeruhkan lagi keadaan utnuk waktu yang akan datang.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Karisma Dia Cukup Jd Hero..”- Pernah Berlakon Dalam Filem International, Yayan Ruhian Selesa Berlakon Watak Antagonis Dalam Mat Kilau
Next article“Semangat Melayu Yg Dihidupkan Semula..”-Tun Mahathir Tahan Sebak Komen Filem Mat Kilau, Kongsi Kata Kata Bermakna Utk Semua
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here