Menerusi satu keratan klip dari rancangan Maharajalawak pada tahun 2011, peserta yang bernama Bocil dari Indonesia baru selesai dihakimi oleh para juri ketika itu meminta untuk artis kegemaran beliau iaitu Dato Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran beliau di rancangan tersebut. Peristiwa tersebut mendapat perhatian netizen kini kerana jarang menyaksikan kotak suara penyanyi ikon negara itu seperti itu. Permintaan Bocil pada ketika itu membuatkan hos rancangan pada ketika itu iaitu AC Mizal berasa serba salah kerana beliau tahu penyanyi no 1 negara itu mempunyai masalah kotak suara.
melalui keratan rakaman tersebut, Tokti sedaya upaya untuk memenuhi permintaan Bocil kerana itu merupakan hari ulangatahun kepada pelawak Indonesia tersebut. Pada awalnya, lagu yang dianyanyikan oleh Tokti tidak kedengaran kerana dibantu oleh para penonton yang berada di situ dan ini membuatkan pelawak tersebut menunjukkan riak tidak puas hati dan sedih. Namun perubahan wajah beliau dapat dilihat oleh Tokti dan beliau berusaha keras menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran kepada Bocil dan akhirnya dikatakan beliau menanyikan lagu tersebut sehingga mengeluarkan bunyi angsa. Walaupun dikatakan begitu, suara Tokti masih merdu dan sedap didengar dan menghiburkan seluruh penonton yang berada di situ.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Mohd Robani Senuan:weyyyy suara tak ada sakit tekak pun nyanyi sedap, aku ni tak sakit tekak pun, bila nyanyi jiran sebelah dah bakar rumah aku
@Teacher Anis:Baik tokti cuba juga penuhi permintaan walaupun suara tak de.
@𝘗𝘶𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘓𝘺𝘯𝘯:Ape ni?? Ape ni???! Sakit tekak pun nyanyi mcmni Aku x sakit tekak pun org xmau dengaq aku nyanyi
@Ginger_oliver:Nyanyi kuar angin pun sedap.. Baiknya tokti kan.. Nyanyi jugak smpai habiss
@Faryshaa :Tok ti sakit tekak tak dk suara pun tetap sedap bila nyanyi
@yacoob:dalam dok sakit pon suara sedap . aq nyanyi dlm bilik air pon kena maki dgn mak aq hahaha
@Ratna Intan Aziz:aduh patutlah kalo batuk lambat baik better aku pergi nyanyi jea dlm box karaoke
@Herry Gemas:ni kalau 2022 keluar suara angsa..semua orang lari…ingat covid kan..hehe
@matthamdan:sgt terharu dgn sikap sporting dato siti. suara ada problem masih mahu nyanyi lagu bday.
@Kontraktor Murah Selangor:Wow serak2 pon sodap. Ni aku ni suara tgh elok kalau nyanyi pengshan satu kampung
Dato Siti Nurhaliza merupakan seorang artis yang sangat merendah diri dan tidak sombong dengan para peminat belau itu membuatkan ramai yang masih menyokong kerjaya beliau sehingga kini. Kini, beliau sibuk bekerja dan menjaga kedua orang anak kesayangannya yang makin membesar. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga dan semoga kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi makin berjaya dan sukses.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram