Menerusi keratan dari live founder yang dikenali ramai di negeri kelantan iaitu Sha hassan yang mempunyai seorang anak lelaki yang digelar sebagai Yen atau nama sebenar Rayyan yang dikatakan sangat pintar dalam berkata kata kerana banyak perkongsian dari founder tersebut mengenai anak kesayangannya yang membantu beliau menjual produk keluarannya. Namun ketika Sha memuat ‘live’ di instagram baru baru ini, para netizen terkejut apabila si kecil itu mampu mengeur ibunya di khalayak ramai kerana risau akan aurat ibu kesayangannya terlihat oleh lelaki yang bukan mahram.
Dalam keratan klip tersebut, Rayyan cuab menyatakan pengertian beliau dalam isu aurat. Beliau menegur ibunya mengenai aurat dan pernah menyatakan suatu ketika dahulu, berkat menjual barang tidak semestinya harus menyangkan aurat kerana dosa tetap berdosa dan ini mengejutkan founder tersebut. Namun si ibu cuba menyakat anak terunanya dengan menyatakan ingin membuka pin tudung untuk waktu yang sekejap sahaja dan ini mengejutkan si cilik tersebut lantas terus bangun untuk menutupi aurat ibu kesayangannya. Kelakuan tersebut membuatkan ramai terkejut dengan adegan Rayyan yang sepantas kilat memandang kearah ibunya.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti:
@AhmadYusof:MasyaALLAH, hebat didikan Mak Ayah
@iennnnnnnnnn:Bagus nye budak ni mesti suke kan dapat anak panda agama ni
@Suriana kakmung:Gub boy yen yen…doa ko untie deh buleh ank po yen dan smoga untie smbuh dr sgala penyakit
@Syira | Suka Racun Shopee :sbrnya sebetul mcm cmne kena didik anak lelaki bkn didik anak pompuan jaa suh jaga pakaiaan jaga diri dll tp jrg sngt org suh jaga dan didik anak laki
@SisFatimahRazali | Otw 9K:Allahu sejuk hati tengok anak pandai jaga mok ayah
@AFY:Allahuakhbar Hebat! Sbb ibu bapa cerdik bijak.. Menurun ke anak2
@she/her:kalau saya kat tempat akak tu , saya dah nangis dah
@𝓜𝓸𝓬𝓱𝓲 :Semoga saya di berikan zuriat seperti ini juga yg taat pada Ibu bapa nya.. Dan taat kpd Allah juga.. Amin…
@EjeyZarul3107:Ni la ore kato..kuantiti xpnting,kualiti hk pnting..goodboy yen..n congrats sha n suami,bjaya ddik ank
@Minggo_:Bagusnyo adik.. derah sekat xbui mami buko tudung. Smoga adk yen mbesar dgn baik. Aamiin.
Dapat dilihat didikan yang diberikan kepada si cilik tersebut cukup berkesan walaupun Sha dikatakan sangan sibuk dengan urusan kerja untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya. Beliau pernah menyatakan bahawa kesibukan beliau memang tidak cukup tangan namun pendidikan anak lelakinya merupakan keutamaan bagi beliau dan suami. Apa apa pun para peminat mendoakan beliau dan keluarga kecilnya sentiasa bahagia dan sukses dalam apa jua yang berlaku.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari tiktok dan Instagram