Menerusi satu klip hasil temu bual bersama Neelofa baru baru ini membuatkan ramai peminat tidak sabar menanti akan perkongsian beliau mengenai anak lelaki beliau hasil perkahwinan beliau dengan PU Riz iaitu Muhammad Bilal. Neelofa yang merupakan seorang wanita yang bekerjaya dalam perniagaan mahupun dalam industri seni tersebut menceritakan pelbagai pengalaman sejak beliau bergelar sebagai seorang ibu kepada Bilal. Pelbagai pertanyaan dalam temu bual tersebut membuatkan beliau teruja menjawab segala persoalan tersebut agar peminat tidak merasakan bahawa beliau menyembunyikan perkara terindah dalam hidup beliau sepanjang bergelar menjadi seorang ibu.
Hasil temu bual tersebut, persoalan yang menarik perhatian ramai apabila panggilan beliau kepada anak beliau kerana anak kepada kakak beliau Noor Nabila yang mempunyai anak hasil perkahwinan dengan Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden dipanggil sebgaai ‘baby’ dari kecil lagi. Panggilan unutk anak Neelofa masih sama iaitu Bilal dan tidak akan berubah kerana beliau telah menerima teguran dari suami beliau sendiri kerana risau nam panggilan tersebut melekat sehingga besar. Namun Neelofa masih dengan sifat beliau yang suka memanggil anak beliau dengan panggilan ‘snowman’ kerana kulit anak beliau begitu putih dan beliau tidak tahu anak beliau mendapat kulit tersebut daripada siapa dan ini membuatkan ramai terhibur akan kenyataan selebriti itu.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@LadyCt Quiin:kami tidak tau dia putih nda pernah nmpk
@cikpet83:Bilal putih sgt tu sbb mgkn masa pregnant Lofa suka minum jus buah delima & lain2 lg buah & sayur segar yg buat sendiri
@mamapaen:Ank sya pon putih dari sya..pelik betul mna datang putih tuu..sya yg dlu org puji putih,now trus tenggelam.
@AnnaD4554:memang putih sangat2.. mata bulat & bibir merah.. adorable sangat2
@Ummi Hidayah:yes..just nama yg indah to..spya nnti dia dn adik2 and kwn2 dia nnti dia bhsakn dri dia dngn nama..bkn aku2..huhu
@cik Purple:tunggu dia dah boleh bermain kat luar,hilang putihnya, nnt putih jyden Jebat
@Shahadah Said:bby mmg la putih sbb kulit halus lg..sy glp suami putih ank putih beza sgt dgn sy..tp sy xpggil la little snow gurllzz
@dessUe2021:Keturunan lah tu… neelopa kan mak dia mix pakis ada latu puteh2 kturunannya
@Kaw_Jahatt:pelik dr mana? dah mak pak mcm tu..tntu la dr mak pak..klo mak pak african..bru la blh ckp dr mana
Dalam temu bual tersebut, Neelofa tersasul menyatakan bahawa beliau mempunyai sebuah akaun Instagram yang hanya ada kawan rapat namun para peminat memperbetul kenyataan beliau dengan menyatakan itu merupakan ‘IG Stories’ yang dibuat hanya untuk teman rapat dan beliau sudah mula berkongsikan gambar Bilal kepada mereka. Apa apa pun hanya doa yang terbaik buat Neelofa dan keluarga beliau semoga dapat menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa sukses.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram