Menerusi satu klip dari episod yang akan ditayangkan di astro iaitu drama bersiri ‘Jangan Menangis Cinta’ yang dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Remy Ishak mendapat perhatian ramai apabila episod tersbut merupakan episod terkahir bagi drama tersebut dimana Riya yang merupakan ibu kepaada Cinta bertekad untuk bernikah lagi apabila anak beliau dimasukkan ke hospital dan sangat dahagakan kasih sayang seorang ayah. Tambahan pula, lelaki yang akan dikahwini beliau merupakan seseorang yang sering membantu beliau ketika beliau dalam kesusahan sehinggakan anak kesayangan Riya menganggap lelaki tersebut seperti ayah kandung beliau sendiri.
Keratan klip tersebut menceritakan penyesalan Zafran meninggalkan isteri dan anak beliau kerana terlalu ego dengan harta kekayaannya sehinggakan beliau sanggup merayu bekas isterinya untuk tidak berkahwin dengan lelaki itu dan berjanji untuk menebus segala kekhilafan yang beliau telah lakukan kepada anak dan isterinya itu. Namun hati seorang wanita sudah terlalu keras dan tidak ingin membuka sebarang peluang kerana terlalu sakit hasil perbuatan yang dilakukan oleh bekas suami. Ketika Zafran cuba merayu, jelas kelihatan pada raut wajah Riya bahawa beliau sangat tekad dan beliau menyatakan alasan bahawa tindakan beliau hanya untuk anak kesayangan sempenakan hari lahir anak beliau yang bernama Cinta.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@NFR:Die kwin blk dgn zafran demi anak2..pastu zaf buat mcm2 utk tawan hati riya balik.zul kwin ngn kaklong
@SharifahN:Kalau I biar la dia kawen dgan zaf sbb anak lebih sayang dekat zaf. Manusia akan belajar dari kesilapan… aaaaa gituuuuu
@rubyatul93:Zul syg mira lagi..smlm Dy nk tanya kat Mira xdan sbb jiran Mira dtg..
@Jun Khoon:dia kwin la ngan sape pon,yg tetap dapat amar bahrin juga errmmm
@Zahranrussels:Aku baru nak tgk habis sekali astro aku dah kena potongg hahahaha
@fidot:kalau betul kehidupan , kawen je dgn zul yg byk membantu.
@Angle_006:Zul dan ria ada kenangan yg pahit mereka di buang bila mereka tak perlu dan di maki dan dihina
@ank ku montel: setiap orang mempunyai kekilafaf yg prnh dilalui tuhan lg maha pengampun nie kn mnsia hubungan ayh n ank xkn berakhir
@Jeraa :Pengajaran cite ni stiap manusia buat silap.Bile kte buat silap kite nak peluang ke2 tp bile org buat silap kite lgsg xnk bg peluang.
Apakah yang akan terjadi pada hubungan antara Zafran dan Riya. Jika benar Zafran sudah menyesal dengan segala perbuatan beliau dan masih menagih kasih dari bekas isterinya, mapukah bekasi sterinya kembali semula kepada pangkuannya selepas disakitkan beribu kali sehinggakan meninggalkan kesan yang pahit dalam kehidupan wanita tersebut yang bergelar ibu dan bersusah payah seorang diri menanggung anak beliau yang kurang upaya itu.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram