Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh salah seorang netizen berkenaan sikap anak perempuan kesayang beliau yang menginginkan hasil duit raya si kecil itu ditukarkan di kedai emas. Keinginan anak kecil tersebut membuatkan ibu kepada anak kecil tersebut terkejut lantas mendapat perhatian dari para netizen kerana perkara tersebut dikatakan jarang didengar dari anak sekecil itu. Pemikiran yang dikatakan begitu matang membuatkan anak kecil itu ingin melaburkan hasil duit raya yang diterima sempena musim perayaan baru baru ini ditukarkan kepada barang kemas telah membuka minda masyarakat.
Melalui klip tersebut, para netizen memberi reaksi yang terlalu terkejut dengan permintaan si kecil tersebut yang ingin pergi ke kedai emas untuk membeli barang kemas menggunakan wang tunai yang diperoleh hasil kutipan duit raya pada tahun ini. Ibu kepada anak kecil tersebut terus membawa anak kesayangan beliau untuk membeli barang kemas dan membayarnya menggunakan wang yang diperolehnya. Bagi ibu kepada anak kecil tersebut, beliau merasakan bahawa anak perempuan beliau bijak menguruskan wang dengan menggunakan sebagai satu pelaburan untuk masa akan datang dan beliau begitu terharu akan kepintaran si kecil itu yang membuatkan beliau sendiri tidak menyangka akan perkara tersebut.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Wawa Zaini:Sama lah, tahun lepas beli gelang. sesak2 bole gadai buat duit belajar dia
@Nurulfarahin:eh same la sis… haha… si kecit sy dh pndai, smlm kira duit raya dia, dia dh ckp nk beli ap..maslahnye yg dia pilih kene tmbah duit ummi plk..haha
@GREENZANA87:dulu aku habis kan duit beli basikal bmx
@j:bagusnyee kecik ii dah ajar anak berdikarii
@Rara:Bagus budak leia ni pikir masa depan
@Ai.IntelligentReal:My daughter punya duit since lahir org sedekah sekali duit raya mmg sentiasa belikan emas, dari simpan dlm bank
@rawrtycanai:ofcoursee its always leia yang tahu pasal investment benda yang betul baguss leiaaa
@dieahh._:tpi srs tahun ni raya budak2 dapat duit bnyak anak nakan ak total dpat duit sebulan gaji 1000 lebih
@norlia075:baguih laa, mana yg baik kt ajaq anak²
@aliainsyirah:ada plk saiz dia ek aku cri hampeh tk dok jari kecik biasa lah nk cr saiz 7 tpi hmmm
@Sally Shah Shah:Bagus dik. Kecik kechik dah pandai melabur.
Didikan ibu bapa kepada anak anak begitu penting dalam pembesaran anak anak. Beruntung ibu bapa kepada kanak kanak tersebut kerana mempunyai seorang anak yang pintar dalam menguruskan wang ringgit. Barang kemas yang dibeli hasil daripada duit raya itu bukan sahaja boleh dijadikan barang hiasan diri malah boleh menjadi satu aset pelaburan kerana emas pada waktu kini begitu tinggi nilainya.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram