“Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul sebab dia yang bagi, saya terima saja.”
Demikian respons penerbit terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai berhubung hadiah istimewa berupa sebuah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover yang dihadiahkan aktor popular, Zul Ariffin.
Menurut Gayatri yang mengakui terkejut dengan hadiah mewah tersebut, kenderaan mewah berwarna hitam yang diterimanya itu dihantar sendiri Zul pada hari Selasa (kelmarin) lalu.
Foto: IG
“Saya tidak tanya pun hadiah tersebut sempena apa. Takkan saya nak tanya dia, kenapa beri hadiah?
“Mungkin untuk ulang tahun kelahiran sebelum ini. Memang terkejut,” jawabnya.
Gayatri mengulas isu tersebut kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media filem Bunga dan Kayu di The Chateu, Bukit Tinggi, Pahang.
View this post on Instagram
Mengulas mengenai mesej di sebalik nombor plat kereta tersebut, Gayatri meminta untuk bertanya kepada Zul sendiri.
“Itu hanya nombor plat tetapi cantik kan? Jika menurut kepercayaan masyarakat Cina, nombor itu membawa maksud panjang umur.
“Lebih baik semua itu tanya pada Zul sendiri,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Enggan mengulas lanjut mengenai hubungan baiknya dengan pelakon filem Sangkar itu yang sering disalah tafsir umum, dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan segala khabar angin tersebut.
“Sejujurnya, saya ini seorang produser dan cerita mengenai saya tidaklah menarik untuk dikongsi.
“Sudah 10 tahun saya mengenali Zul, macam-macam spekulasi dan hinaan diterima. Bagi saya, biarlah orang membuat andaian, jika ada, adalah (jodoh),” ujarnya.
Semalam, Gayatri memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia teruja menerima sebuah hadiah berupa kereta daripada Zul. -CARI
Sumber: Kosmo